• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2018: Kurangkan Kos Ambil Pembantu Rumah

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar pengurangan kos pengambilan pembantu rumah diberi tumpuan dalam Bajet 2018.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri berkata berkata langkah tersebut penting untuk meringankan beban khususnya mereka yang memerlukan pembantu rumah.

“Diharap prosedur dan peraturan baharu yang disediakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat mengurangkan beban orang ramai, termasuk kakitangan kerajaan terutamanya mereka yang mempunyai ramai anak dan memerlukan pembantu rumah,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KDN, di sini hari ini.

Beliau berharap Bajet 2018 akan memberi keutamaan kepada kepolisan moden khususnya berkaitan penambahan aset yang sesuai dengan tuntutan semasa dalam usaha menangani jenayah siber dan judi dalam talian.

Beliau berkata kebajikan pegawai dan anggota jabatan serta agensi di bawah KDN termasuk kuarters anggota polis perlu ditambahbaik.

“Kita mahukan isu-isu berkaitan dan soal perbelanjaan operasi kementerian, agensi dan jabatan dipertingkatkan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat pada Jumaat ini.

Ahmad Zahid dalam pada itu meminta warga KDN agar memupuk integriti dan menjaga imej organisasi masing-masing.

“Kita sebagai penguat kuasa perundangan, jika kita menggadaikan integriti kita dengan berkompromi dan bersekongkol dengan penjenayah, integriti kita akan hancur kerana nila setitik seluruh imej organisasi akan terjejas.

“Jangan sesiapa dalam kalangan kita yang diambil tindakan berasa diri dizalimi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

30/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli parti itu supaya tidak...

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

28/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd