• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Antonio Conte Dedah Derita ‘Drama’ Musim Lalu

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANTONIO Conte mendedahkan bahawa keluarganya turut terlibat dalam apa sahaja ‘drama’ berkaitan Chelsea musim ini berikutan perpindahan mereka ke England.

Isteri Conte, Elisabetta dan anak perempuannya, Vittoria kini tinggal dekat dengan tempat latihan kelab di Cobham selepas meninggalkan Itali pada musim panas dan pengurus The Blues ini mula memandu di United Kingdom buat kali pertama untuk membawa mereka makan di restoran.

“Bagi saya sangat penting untuk keluarga tinggal bersama dengan saya, saya sangat gembira sekarang mereka ada dengan saya,” kata Conte menjelang perlawanan menentang Crystal Palace, Sabtu.

“Musim lalu, secara jujur, saya banyak menderita kerana apabila anda tiba di negara baharu dan anda keseorangan serta sedar bahawa keluarga anda tidak tinggal di sini, ia tidak mudah.

“Kerja saya sama sahaja jika mereka berada di sini atau tidak, tetapi bagi keluarga saya ia sesuatu yang buruk kerana mereka berada sangat jauh, sebaliknya sekarang kami tinggal bersama dan berkongsi perasaan yang sama jika kami menang, seri atau kalah.

“Musim lalu saya lebih suka tinggal di rumah atau mengambil teksi untuk pergi ke restoran, sekarang saya memandu sendiri dan kadang-kadang kami pergi ke London atau Kingston atau mencuba restoran baharu.” – talksport/mStar Online

Tags: Antonio ConteChelsea
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal mencipta satu lagi detik bersejarah apabila dijadual menentang kelab...

Liverpool Juara Piala Super UEFA 2019

15/08/2019
0

LIVERPOOL muncul juara Piala Super Eropah 5-4 menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti, selepas perlawanan tamat 2-2 di Istanbul. Penjaga gol baru...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd