• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anjing Terkejut Gigit Kepala, Telinga Bayi

oleh
19/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera parah akibat digigit anjing ketika motosikal yang ditunggang bapa saudara bersama ibu dan kakaknya terbabas di deretan rumah kedai.

Kejadian dilaporkan berlaku di Taman Banang Height kelmarin telah membuatkan Ainin Syuhadah Syahrul Nizam, 2, parah di kepala dan bahagian telinganya apabila dia diserang oleh anjing di hadapan premis berkenaan.

Difahamkan bahawa mereka sedang dalam perjalanan pulang ke kediaman sewa selepas pulang dari melawat keluarga yang sakit di hospital.

Namun ketika di dalam perjalanan pulang, bapa saudaranya yang berusia 17 tahun itu cuba untuk mengelak daripada sebuah lori yang sedang memunggah barang di tepi jalan.

Namun, akibat tidak sempat mengelak, mereka telah terbabas dan sekali gus merempuh pintu rumah kedai yang berdekatan dan menyebabkan kesemua mangsa terjatuh.

“Kami dalam perjalanan pulang dari hospital selepas menziarahi seorang lagi adik saya yang sakit dan ketika kejadian, saya memeluk Ainin Syuhadah lalu terjatuh ke dalam longkang.

“Manakala adik saya dan Ainul Safiya jatuh di bahagian kaki lima premis berkenaan,” kata ibu kepada mangsa.

Menurut rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seekor anjing yang sedang diikat telah menerkam Ainin dan enggan melepaskan gigitan itu sehingga menyebabkan orang ramai terpaksa memukulnya.

“Secara tiba-tiba anjing yang diikat di situ menerkam kami, mungkin kerana haiwan itu terkejut terdengar bunyi rempuhan motosikal ke pintu kedai dan terus menggigit kepala Ainin Syuhadah.

“Anak saya menangis kesakitan dan meraung sekuat hati ketika anjing itu menggigit bahagian belakang kepala termasuk telinga kanan sehingga darah mengalir.

“Orang ramai juga membantu melepaskan gigitan anjing terbabit sebelum anak dibawa ke hospital dan menerima beberapa jahitan di kepala serta telinga,” katanya lagi dipetik daripada Harian Metro.

Difahamkan bahawa Fazilah, Ainul dan adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan manakala Ainin kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Dalam kenyataan media yang disiarkan, Fazilah berasa amat kesal dengan komen netizen yang menuduh adiknya telah ambil barang terlarang serta membuat andaian kononnya pemilik anjing berkenaan tidak bertanggungjawab.

“Saya kesal apabila membaca komen di media sosial termasuk menyatakan pemilik anjing berkenaan tidak bertanggungjawab. Sedangkan mereka memberi kerjasama yang baik termasuk melawat anak di hospital semalam.

“Kami juga sudah membuat laporan polis serta merujuk kepada Jabatan Veterinar berkaitan haiwan itu dan tidak mahu isu ini terus diperbesarkan sedangkan ia boleh diselesaikan dengan cara baik,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa telah mengesahkan bahawa kejadian itu dan meminta agar pihak berkuasa tempatan melakukan pemantauan segera terhadap anjing liar mahupun anjing peliharaan yang dibiar berkeliaran di tempat awam.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 manakala kes kanak-kanak digigit anjing disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana cuai sehingga menyebabkan binatang peliharaan mendatangkan kecederaan.

“Jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksima enam bulan dan denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: anjingGigit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jutaan Rangkaian Wifi Di Singapura Mudah Digodam

Next Post

Seorang Adik Bekas Menteri Persekutuan Dibebaskan

Related Posts

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

28/01/2025
0

KUNAK: Seorang wanita warga emas maut selepas cedera diserang sekumpulan anjing liar berhampiran terminal bas di sini, Sabtu lalu. IKUTI...

Bayi Cedera Digigit: Pemilik, Pembantu Taska Ditahan

Bayi Cedera Digigit: Pemilik, Pembantu Taska Ditahan

09/01/2025
0

Kuching : Polis menahan tiga wanita terdiri daripada pemilik taman asuhan kanak-kanak di bandar raya ini dan dua penjaga premis...

Next Post

Seorang Adik Bekas Menteri Persekutuan Dibebaskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd