• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zara Zya Kecewa Wujud Instagram Palsu Fitnah Diri

oleh
06/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini pelakon, Zara Zya teruk dikecam ekoran penampilan baharu yang berambut perang sehingga ada yang melabel dirinya dengan panggilan ‘wanita jahat’.

Belum lagi reda dengan perkara itu,  sekali lagi pelakon ini dibelenggu kontroversi siap package fitnah pula tu!

Ia ekoran terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah mewujudkan satu akaun Instagram palsu yang memburuk-burukkan nama aktres ini.

Dengan menggunakan nama @zarazya_gile_pengkid, akaun tersebut menyebarkan fitnah dan beberapa keping gambar yang dilihat boleh menjejaskan imej Zara.

Ekoran itu, menerusi akaun Instagram milik Zara dilihat dia telah memuat naik satu posting yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Di pagi yg mulia, lepas makan nasi lemak, saya dpt tau wujudnya ig istimewa @zarazya_gile_pengkid 😬 tahniah pada sape yg buat ig yg special ni. Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya. Tapi fitnah bertubi2. Siap ckp saya buat hidung, buat muka hahahaha… meh la jumpa depan2. Nak tgk ori ke tidak 😋 takpe saya maafkan awak siap2. Kesian hati manusia hitam mcm ni. Dengki dgn org lain tanpa sebab. Tak kisah la siapa pun awak, semoga hati awak happy lepas ni okay. Jom kita doakan dia supaya hati dia bersih. Kesian dia hidup dgn hasad dengki. Cc @zarazyaloverz @nurain74 @alongailina @fara.azira

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on Sep 2, 2017 at 8:24pm PDT


Zara berasa amat terkilan akan kewujudan akaun palsu berkenaan dan kecewa dengan tindakan individu itu yang boleh dianggap agak keterlaluan.

“Saya menyedari kewujudan akan palsu itu apabila dimaklumkan peminat. Apabila buka akaun itu, saya dapati kandungannya memang melampau dan mengarut.

“Lebih parah, individu itu menabur fitnah konon saya jalani pembedahan plastik dan macam-macam lagi tuduhan tak masuk akal. Nampaknya individu itu ada hasad dengki,” katanya dilaporkan Harian Metro.

Posting gambar akaun palsu yang dikongsi Zara sehingga kini menerima lebih 8,500 likes serta hampir 400 komen secara tidak langsung mendapat reaksi netizen yang pelbagai.

Rata-rata antara mereka berasa berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu serta meminta Zara untuk terus bersabar.

Bagaimanapun, Zara berharap agar peminat berhenti daripada terus melemparkan kata-kata kesat kepada individu tersebut tetapi sebaliknya mendoakan agar diberi hidayah buatnya.

Sabar je la. Hidup sebagai anak seni ni memang penuh dengan pancaroba.

Nak tak nak kena lah hadap. Kalau dah namanya artis, ada sahaja yang menjadi ‘perhatian’ orang. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: fitnahZara Zya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aerotrain KLIA Rosak Lagi, Kena Jalan Di Trek

Next Post

Kerana RM1, Kini Nabil Dapat RM50,000 Sebulan

Related Posts

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

Ramasamy Saman Zakir Naik, Dakwa Difitnah Pada Ceramah Di Nigeria

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr...

Next Post

Kerana RM1, Kini Nabil Dapat RM50,000 Sebulan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd