• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat

oleh
28/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT lalai, seorang wanita terpaksa menanggung kerugian sehingga lebih RM100,000 apabila wang tersebut dikatakan lesap dalam masa lima saat.

Wanita tersebut dilaporkan menjadi mangsa ragut ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran di Taman Equine, Seri Kembangan, Serdang, Selangor pada Jumaat lalu.

Kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari ketika seorang lelaki dikatakan muncul secara tiba-tiba kemudian mendekati meja makan mangsa sebelum merampas tas tangan yang berada di kerusi bersebelahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, sebelum kejadian suspek dikesan keluar daripada sebuah kereta yang terletak berhampiran dengan premis berkenaan.

“Suspek melarikan diri menggunakan dua kenderaan. Pemeriksaan terhadap kenderaan itu mendapati nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu.

“Kejadian ragut itu menyebabkan mangsa kerugian wang tunai berjumlah RM117,630. Menurut keterangan mangsa, wang itu adalah pinjaman daripada saudara-mara dan milik diri sendiri.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan di sini, sejurus kejadian,” katanya dipetik Harian Metro.

Tambah Megat, pihaknya segera menjalankan siasatan sebelum lapan lelaki termasuk dua lelaki warga Indonesia ditahan bagi tujuan membantu siasatan.

Bagaimanapun, enam daripada lapan suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis. Manakala, baki dua lagi suspek yang merupakan warga Indonesia telah direman.

“Semua suspek ditahan di sekitar Seri Kembangan, di sini, Isnin lalu.

“Hasil soal siasat yang dijalankan, enam lelaki tempatan terbabit dilepaskan dengan jaminan polis, manakala dua lelaki warga Indonesia itu direman hingga 6 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki yang dilihat keluar daripada sebuah kereta jenis perodua Myvi berwarna perak mendekati premis.

Kemudiannya, merampas beg milik wanita tersebut yang diletakkan bersebelahan tempat duduknya.

“Lelaki itu kemudian masuk semula ke dalam kereta sebelum melarikan diri. Terdapat sebuah lagi kereta jenis sama berwarna kuning kelihatan mengekori kenderaan dinaiki suspek,” jelas Megat. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: kes ragutWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd