• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Ini Cara Indonesia Lucutkan Jawatan Polis Korup

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBARAT nasi sudah menjadi bubur, begitulah pengakhiran karier seorang anggota polis berpangkat koperal, Taufik Hidayat apabila dikenakan tindakan lucut jawatan dalam satu majlis upacara khas yang diadakan secara terbuka di Riau, Indonesia  baru-baru ini.

Bekas anggota yang berkhidmat di Daerah (Polda) Riau itu didapati bersalah bagi kesalahan memiliki dan mengedar dadah jenis Syabu seberat 1.5 kilogram(kg), 500 biji pil ekstasi/H5 pada pertengahan bulan lalu.

Dalam upacara yang diketuai Inspektor Jeneral Zulkarnain Adinegara, Taufiq dilihat mengalirkan air matanya ketika melakukan tabik hormat terakhir sebagai anggota polis sebelum diminta menanggalkan seragam polis.

“Ini merupakan satu hukuman kepada anggota yang sewenang-wenangnya melanggar peraturan dan integriti anggota polis Indonesia.

“Saya minta saudara Taufik agar berubahlah dan perbanyakkanlah ilmu agama agar menjadi seorang manusia yang lebih baik,” kata Zulkarnain dalam upacara berkenaan kepada Taufik.

Taufik kemudian menyarungkan baju jenis batik sebagai simbolik menunjukkan yang lelaki itu kini merupakan seorang marhaen biasa yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan anggota polis.

Terdahulu, Taufik yang merupakan anggota polis daripada unit 11 personal Polda Riau menerima surat perlucutan jawatan Pemberhentian Dengan Tidak Hormat (PDTH) dan upacara khas berkenaan turut disaksikan ratusan anggota polis sebagai pengajaran agar tidak mengulangi kesilapannya.

Bekas anggota polis yang telah melalui hukuman penjara 10 bulan itu ditahan pada 14 Ogos lalu sekitar jam 5 petang waktu tempatan di sebuah kawasan perumahan di Wisma Holiday, Jalan Tengku Umar, Selat Panjang.

Ketika ditahan, pasukan polis menyangka Taufik sedang ‘menyamar’ sebagai melakukan siasatan terhadap suspek pengedar dadah yang melibatkan seorang remaja, namun akhirnya terbongkar apabila individu yang ditahan terbabit menceritakan perkara sebenar.

Dalam upacara khas itu juga, seramai 10 anggota polis yang berpangkat Lans Korperal dan konstabel dipecat ekoran kesalahan rasuah dan pecah amanah melibatkan beberapa daerah kecil di sana. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anggota polisIndonesiakorup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd