• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Upacara Persemadian DiRaja Thai Masuk Fasa Akhir

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter
Oleh: Mohd Haikal Mohd Isa

BANGKOK – Selama lima hari bermula 25 Oktober ini, berjuta-juta rakyat Thailand dengan penuh kepiluan akan mengucapkan selamat bersemadi kepada raja yang mereka sayangi, Raja Bhumibol Adulyadej dalam Upacara Persemadian Diraja.

Raja Bhumibol, yang digelar “Raja Rakyat” kerana kesungguhan baginda dalam membawa pembangunan untuk rakyat dan memelihara kebajikan mereka, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Siriraj di sini pada 13 Oktober tahun lepas pada usia 89 tahun, setelah menduduki takhta selama 70 tahun.

Sejak kemangkatan baginda, jasad Raja Bhumibol ditempatkan di Dewan Singgahasana Dusit Maha Prasat, yang terletak di Istana Agung berdinding putih yang tersergam megah, dengan setiap hari puluhan ribu rakyat memberi penghormatan terakhir.

Jasad baginda akan menjalani upacara persemadian dengan cara dibakar di Krematorium Diraja di Sanam Luang, yang terletak berdekatan dengan Istana Agung pada 26 Oktober.

Memandangkan tarikh berlangsungnya upacara bersejarah itu yang akan menjelma tidak lama lagi, para pegawai kini tekun membuat persiapan akhir bagi memastikan upacara mengikuti penuh amalan agama Buddha dan adat istiadat diraja itu berjalan lancar seperti yang dirancang.

“Kami mahu semuanya berjalan dengan sempurna dan mengikut tradisi. Walaupun berasa bimbang, kami akan berusaha dengan sedaya upaya kerana ini (Upacara Persemadian Diraja) adalah untuk mendiang tuanku,” kata Supawan Nongkut daripada Muzium Nasional Bangkok, kepada sekumpulan wartawan pelawat dari dalam dan luar negara baru-baru ini.

Wartawan berkenaan diberi peluang, yang jarang diberi sebelum ini, untuk melihat pelbagai tugas yang dijalankan di muzium itu sebagai persiapan menghadapi Upacara Persemadian Diraja, yang dianggap sangat penting dalam sejarah Thailand.

Di Bangunan Pedati Diraja muzium itu, pekerja sibuk memberi sentuhan terakhir terhadap kerja pemulihan pedati berkenaan dikenali sebagai “Ratcharot”, kenderaan milik raja yang mempunyai status penuh kemuliaan pada zaman lampau.

Dua jenis Pedati Diraja akan digunakan semasa Upacara Persemadian Diraja iaitu “Phra Maha Phichai Ratcharot” (Pedati Diraja Kemenangan Besar) dan “Ratcharot Noi” (Pedati Kecil Diraja).

Seberat 13.7 tan, 11.2 meter tinggi dan 18 meter panjang, Phra Maha Phichai Ratcharot dibina pada 1795 semasa pemerintahan Raja Rama 1 dan merupakan pedati diraja paling penting dalam Upacara Persemadian Diraja nanti.

“Sebanyak 222 anggota tentera akan menarik Phra Maha Phichai Ratcharot,” kata beliau serta menambah bahawa kumpulan anggota tentera berkenaan perlu menjalani ujian khas untuk mengukur kekuatan dan daya tahan mereka sebelum terpilih untuk menarik pedati berkenaan yang membawa Pasu Abu Jasad Diraja.

Di perkarangan Sanam Luang, pembinaan Krematorium Diraja, tempat Pasu Diraja akan ditempatkan untuk upacara pembakaran jasad itu, kini hampir siap, di samping pembinaan bangunan sokongan lain dan sebuah astaka di dalamnya serta di luar perkarangan tempat itu.

Struktur Krematorium Diaraja itu, yang berukuran 50.49 meter tinggi dari tapaknya hingga ke puncak, direka bentuk oleh Jabatan Seni Halus kerajaan dan diilhamkan daripada Gunung Sumeru, yang merupakan pusat alam ini mengikut kepercayaan dalam agama Buddha.

“Pembinaan Krematorium Diaraja melibatkan kerja rumit dan halus serta memerlukan kemahiran yang tinggi,” kata seorang pegawai jabatan itu, yang menjelaskan bahwa banyak perkara terperinci perlu dipatuhi mengikut tradisi diraja zaman lampau.

Krematorium itu juga akan dihiasi dengan beratus-ratus ukiran berkaitan makhluk suci dan haiwan mistik yang mempunyai kaitan dengan amalan dalam agama Buddha.

Upacara Persemadian Diraja sebelum ini diadakan pada April 2012 untuk mendiang Puteri Bejaratana, puteri tunggal Raja Vajiravudh (Rama VI). – BERNAMA

Tags: Bhumibol Adulyadej
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Maha Vajiralongkorn Rasmi Raja Thailand Baharu

03/12/2016
0

BANGKOK - Putera Mahkota Maha Vajiralongkon menaiki takhta pada Khamis selepas menerima jemputan secara rasmi daripada Dewan Perundangan Kebangsaan (Parlimen)...

Raja Thailand Mangkat: TV Malaysia Jadi Pilihan Sebab…

16/10/2016
0

BANGKOK - Ramai pelancong asing waima rakyat Thailand sendiri dilaporkan terpinga-pinga apabila mendapati siaran televisyen negara itu langsung bertukar menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd