• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Thailand Mangkat: TV Malaysia Jadi Pilihan Sebab…

oleh
16/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Ramai pelancong asing waima rakyat Thailand sendiri dilaporkan terpinga-pinga apabila mendapati siaran televisyen negara itu langsung bertukar menjadi warna hitam putih.

Suasana tidak ubah seumpama zaman sebelum siaran warna diperkenalkan stesen televisyen seluruh dunia pada 1975 lalu apabila kesemua program menerusi saluran tempatan disiarkan dalam format dua warna berkenaan.

Ini termasuk rangkaian saluran asing apabila rancangan tiba-tiba digantikan dengan warna hitam putih sejak lewat Khamis susulan kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej yang berjaya memerintah Thailand selama 70 tahun.

Operator rangkaian televisyen diarahkan untuk menggantikan semua program disiarkan mereka dengan siaran hanya berwarna hitam putih selama sebulan, kata jurucakap kerajaan, Leftenan Jeneral Sansern Kaewkamnerd.

Baca: Raja Thailand Mangkat Setelah 70 Tahun Memerintah

Raja Thailand Mangkat: TV Malaysia Jadi Pilihan Sebab...

Sebaik sahaja berita kemangkatan Raja Bhumibol diumumkan secara rasmi, semua stesen tempatan bertukar kepada rancangan mengenai kisah raja itu yang juga bergelar Rama IX sepanjang tujuh dekad pemerintahannya.

Thailand ada enam saluran teresterial iaitu Channel 3, TV5, Channel 7, Channel 9, NBT11 dan Thai PBS selain 800 saluran satelit yang dipancarkan masing-masing menerusi operator tempatan TrueVisions, CTH, GMMZ dan PSI.

Situasi tidak diduga tersebut menyebabkan stesen televisyen negara jiran khasnya Malaysia yang dapat ditonton dengan jelas di wilayah selatan negara ‘gajah putih’ itu menjadi pilihan ramai penonton buat sementara waktu.

Malaysia memiliki tujuh saluran teresterial iaitu TV1, TV2, TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan AlHijrah yang dipancarkan berdekatan sempadan Thailand antaranya dari Gunung Jerai, Kedah; Bukit Larut, Perak dan Telipot, Kelantan.

Baca: Raja Mangkat – Thailand Berkabung Selama Setahun

Raja Thailand Mangkat: TV Malaysia Jadi Pilihan Sebab...

Rangkaian saluran satelit termasuk stesen antarabangsa terkenal BBC, CNN dan Al Jazeera turut menggantikan siaran mereka selepas itu dengan menyiarkan semua program ke udara sama dengan stesen penyiaran tempatan.

Arahan perkabungan itu bermakna pengguna tidak boleh akses kepada berita bebas lain menerusi televisyen Thailand. Laman web berita domestik masih menyiarkan bahan masing-masing tetapi dengan warna hitam putih.

Manakala akhbar tempatan sama ada harian berbahasa Inggeris terkenal, The Bangkok Post dan The Nation selain surat khabar berbahasa Thai berpengaruh antaranya Thairath dan Matichon juga diterbitkan dalam hitam putih.

Akses portal Internet namun tidak terjejas. Kebanyakan laman sesawang bahasa Thai termasuk forum sembang popular Pantip.com turut bertukar warna kepada hitam putih sebagai tanda berkabung. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Bhumibol AdulyadejThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd