• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maha Vajiralongkorn Rasmi Raja Thailand Baharu

oleh Ahmad Albab
03/12/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Putera Mahkota Maha Vajiralongkon menaiki takhta pada Khamis selepas menerima jemputan secara rasmi daripada Dewan Perundangan Kebangsaan (Parlimen) untuk menjadi Raja Thailand yang baharu.

Putera Mahkota itu, 64 tahun, kini bergelar Raja Rama X atau Raja ke-10 Dinasti Chakri, menggantikan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej, 89, yang mangkat genap 50 hari lalu pada 13 Oktober.

Gelaran baharu secara rasmi baginda ialah Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, menurut kenyataan oleh Jabatan Perhubungan Awam.

“Beta menerima jemputan itu untuk memenuhi hasrat mendiang Raja dan bagi manfaat semua rakyat Thailand,” titahnya ketika menerima jemputan daripada Parlimen untuk menjadi Raja.

Pengangkatan baginda menaiki takhta secara rasmi disempurnakan selepas menerima jemputan yang disampaikan oleh Parlimen untuk baginda diisytiharkan sebagai Raja yang baharu pada istiadat penghadapan malam ini, kata Presiden Parlimen, Pornpetch Witchitcholchai dalam ucapan menerusi televisyen malam ini.

Turut hadir pada istiadat itu yang berlangsung di Dewan Ampornsathan yang disiarkan menerusi stesen-stesen televisyen negara itu ialah Perdana Menteri, Jeneral Prayut Chan-o-cha; pemangku raja yang juga bekas Ketua Majlis Penasihat Raja, Jeneral Prem Tinsulanonda dan Hakim Mahkamah Agung, Weeraphol Tangsuwan.

Dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen, Prayut mengisytiharkan bahawa Thailand mempunyai seorang raja baharu menggantikan mendiang Raja Bhumibol Adulyadej dan pemerintahannya bermula pada 13 Oktober, hari ayahandanya, Raja Rama ke-9 mangkat.

thai

Istiadat penghadapan hari ini untuk secara rasmi menjemput Putera Mahkota menjadi Raja baharu ialah susulan sesi khas Parlimen dua hari lepas apabila parlimen mengandungi 250 anggota mengesahkan pengangkatan baginda untuk menaiki takhta menurut perlembagaan.

Parlimen mengesahkan pengangktan Putera Mahkota sebagai raja selepas kabinet yang dipengerusikan oleh Prayut mengeluarkan pemberitahuan secara rasmi mengenai pengangkatan baginda menaiki takhta susulan mesyuarat khas di Rumah Kerajaan.

Istiadat pertabalan rasmi Raja Rama X dijangka diadakan selepas upacara kremasi diraja, mungkin lewat tahun depan, menurut Prayut.

Raja baharu itu, yang diputerakan pada 28 Julai, 1952 di Ambara Villa, Bangkok ialah yang kedua daripada empat cahaya mata mendiang Raja Bhumibol dan Permaisuri Sirikit, dan satu-satunya putera tunggal.

Baginda telah dinamakan oleh mendiang Raja Bhumibol sebagai pewaris takhta pada 28 Disember, 1972 ketika berusia 20 tahun.

Raja Rama X mendapat pendidikan peringkat rendah di Sekolah Chitralada di Bangkok dan kemudian melanjutkan pengajian di kolej swasta di United Kingdom dan Australia.

Oleh kerana mempunyai minat yang mendalam dalam hal ehwal ketenteraan, baginda memasuki dan lulus dari Royal Military College of Duntroon di Canberra dan New South Wales University dalam jurusan pengajian ketenteraan.

Sebagai seorang pegawai tentera dengan Tentera Diraja Thai sejak 1975, baginda juga menjalani latihan bersama-sama anggota tentera dari Australia, Britain dan Amerika Syarikat.

Menurut media tempatan, pada tahun 1970-an sebagai pegawai muda tentera dalam Tentera Diraja Thailand, baginda sendiri mengetuai kempen menentang komunis di bahagian Utara dan Timur Laut negara itu.

Baginda juga ialah seorang juruterbang yang berkelayakan dan mampu menerbangkan jet pejuang serta pesawat pengangkut. – BERNAMA

Tags: Bhumibol AdulyadejRaja Thailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Padah Kongsi Gambar Raja Pakai Topeng

02/04/2018
0

BANGKOK - Seorang editor sebuah majalah di Thailand mungkin berdepan dakwaan jenayah kerana berkongsi gambar tiga patung raja memakai topeng...

Thailand Ganti Wang Kertas Dengan Wajah Raja Baru

09/03/2018
0

BANGKOK - Bank pusat Thailand bakal mengeluarkan not baharu dengan wajah Raja Maha Vajiralongkorn menggantikan mendiang ayahandanya yang mangkat, Raja Bhumibol Adulyadej....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd