Thursday, October 10, 2024

Creating liberating content

APMM Selamat 18 Individu...

JOHOR BAHRU - Seramai 18 individu termasuk 14 pemancing diselamatkan Maritim Malaysia (APMM) apabila bot pancing...

Kebakaran Kereta Setiausaha MIC...

JOHOR BAHRU - Kebakaran dua buah kereta milik Setiausaha MIC Bahagian Tebrau di...

Putus Dengan Bieber, Selena...

PEMAIN bola sepak Bosnia, Sejad Salihovic dilaporkan media antarabangsa merupakan kekasih terbaharu penyanyi...

Zionis Lancar Serangan Terbesar...

RAMALLAH : Letupan besar kedengaran dari semasa ke semasa di kem pelarian Jenin...

TV3 Nafi Isu ‘Pilih Bulu’ Dalam Clever Girl

BERIKUTAN kontroversi gara-gara pengakuan ‘berani mati’ bekas peserta Clever Girl, Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera) mengenai isu ‘berat sebelah’ dalam rancangan itu, pihak TV3 kini tampil menafikan dakwaan tersebut.

Kenyataan yang didedahkan oleh Kiera sendiri melalui akaun Instagram miliknya itu malahan dibidas secara tegas oleh pihak Media Prima Berhad dengan menyifatkan semua dakwaan peserta tersebut sebagai ‘tidak berasas’.

Menurut pengurus unit perhubungan awam syarikat penyiaran tempatan tersebut, Muhammad Aziz, pendedahan terbuka oleh graduan Sains Kejuruteraan di Universiti Oxford itu ‘tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh’.

“Dakwaan yang dinyatakan Kiera menerusi artikel tersebut adalah jelas tidak benar dan bukan berdasarkan kepada mana-mana asas atau petunjuk,” jelas beliau lagi dalam mesej dikirimkan kepada pihak MYNEWSHUB hari ini.

Muhammad juga menegaskan bahawa pihak TV3 sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pentadbir MYNEWSHUB ekoran penyiaran dakwaan Kiera itu jika tidak menarik balik artikel tersebut dengan serta-merta.

Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera)

Awal pagi hari ini, dunia hiburan tanah air dikecohkan dengan pendedahan Kiera yang mendakwa wujudnya unsur ‘pilih bulu’ dalam rancangan realiti itu sehingga membuatkan dia mengambil keputusan berat untuk menarik diri.


Ini termasuk dakwaan Kiera kononnya pihak produksi ada sengaja ‘bocor soalan’ kepada peserta tertentu untuk membolehkan wakil itu berjaya jawab dan ia dikatakan dapat dikesan ramai penonton yang tidak berpuas hati.

Wakil Pulau Pinang ini pada Jumaat dilaporkan berasa lega apabila dapat keluar daripada program tersebut namun keputusan drastik gadis itu mencetuskan pelbagai spekulasi ‘panas’ dalam kalangan netizen yang turut terkejut.

Beberapa keping screenshot daripada akaun Instagram Kiera dijadikan sebagai bahan bukti mengenai isu itu, namun kesahihan dakwaannya telah disangkal sendiri oleh pihak stesen swasta tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori