• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Imbau Pesan Almarhum Sultan Kedah Bantu PM

oleh AK-47
12/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengimbau pesanan Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah agar membantu perdana menteri menjaga keharmonian dan keselamatan negara.

Ahmad Zahid berkata Almarhum baginda bertitah demikian sebelum berangkat pulang ke Istana Anak Bukit selepas tempoh lima tahun berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong berakhir pada Disember 2016.

“Saya kenali Almarhum baginda sewaktu menjadi Menteri Pertahanan, saya anjurkan LIMA (Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi), saya menghadap Almarhum tuanku dan baginda titah agar saya sediakan kemudahan lif di dewan masuk kerana tidak boleh naik tangga.

“Almarhum baginda juga titahkan jemput semua kerabat Diraja Kedah untuk berangkat ke LIMA dan juga seluruh kepimpinan kerajaan negeri.

“Ada banyak lagi pesanan Almarhum baginda yang agak peribadi untuk saya kongsikan… Almarhum baginda juga ada hasrat agar hubungan peribadi antara kami terus terjalin,” katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Abdul Halim di Istana Anak Bukit di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata Almarhum Sultan Abdul Halim juga seorang yang sangat berdisiplin, menepati waktu dalam sebarang keberangkatan dan sentiasa menghargai rakyat.

“Sesibuk mana pun Almarhum baginda, akan sentiasa bersalaman dengan rakyat jelata yang beratur menyambut keberangkatan baginda (pada sesuatu majlis),” katanya.

Almarhum Sultan Kedah mangkat pada 2.30 petang Isnin di Istana Anak Bukit pada usia 89 tahun selepas 59 tahun memerintah Kedah.

Jenazah Almarhum baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar kira-kira 4 petang ini. – BERNAMA

Tags: Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam ShahDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd