• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Toys ‘R’ Us Failkan Notis Perlindungan Muflis

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Toys ‘R’ Us Inc, rangkaian kedai mainan terbesar Amerika Syarikat (AS) memfailkan perlindungan muflis pada hari Isnin, tanda buruk terbahru untuk industri runcit yang terperangkap dalam kekuatan industri beli-belah dalam talian dan francais barangan diskaun.

Toys ‘R’ Us berkata ia menerima komitmen lebih AS$3 bilion pembiayaan gadai janji dalam pemilikan daripada pemberi pinjaman termasuk sindiket bank pimpinan JPMorgan dan beberapa pemberi pinjaman syarikat itu.

Pembiayaan baharu itu, yang tertakluk kepada kelulusan mahkamah, dijangka segera meningkatkan keadaan kewangan syarikat itu dan menyokong operasi sedang berjalan sepanjang proses yang dipantau oleh pihak mahkamah itu, kata Toys ‘R’ Us.

Unit syarikat itu di Kanada berhasrat untuk mendapatkan perlindungan dalam prosiding yang selari di bawah Undang-Undang Pengatur Undang-undang Syarikat (CCAA) di Ontario Superior Court of Justice, kata Toys ‘R’ Us dalam satu kenyataan.

Operasi peruncit di luar AS dan Kanada, termasuk kira-kira 255 buah kedai berlesen dan perkongsian usaha sama di Asia, yang merupakan entiti yang berasingan, bukan merupakan sebahagian daripada prosiding Bab 11 dan prosiding CCAA, kata Toys ‘R’ Us.

Pemfailan tersebut adalah antara yang terbesar pernah dialami oleh peruncit khusus dan menggugat masa depan hampir 1,600 buah kedai dan 64,000 pekerja syarikat itu.

Dugaan itu datang pada masa Toys ‘R’ Us sedang bersiap untuk musim beli-belah akhir tahun, yang menyumbang sebahagian besar daripada jualannya.

Toys ‘R’ Us memfailkan petisyen di Mahkamah Kebankrapan AS untuk Daerah Timur Virginia di Richmond, Virginia. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Tags: Bankraptoys r us
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap, Gagal Bayar Pinjaman Persahabatan RM5.28 Juta

Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap, Gagal Bayar Pinjaman Persahabatan RM5.28 Juta

03/07/2025
0

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) di sini pada Khamis mengisytiharkan pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie sebagai muflis kerana...

Tupperware Diisytihar Bankrap

Tupperware Diisytihar Bankrap

23/10/2024
0

NEW YORK: Tupperware Brands (Tupperware) syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur popular yang diisytiharkan bankrap semalam, bersetuju untuk menjual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd