• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap, Gagal Bayar Pinjaman Persahabatan RM5.28 Juta

oleh Mohd Arshad
03/07/2025
dalam Terkini
0
Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap, Gagal Bayar Pinjaman Persahabatan RM5.28 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) di sini pada Khamis mengisytiharkan pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie sebagai muflis kerana gagal membayar pinjaman persahabatan daripada sebuah syarikat pembinaan kejuruteraan berjumlah RM5.28 juta.

Penolong Kanan Pendaftar, Muhammad Faisal Zulkifli, memutuskan demikian selepas membenarkan petisyen pemiutang yang dikemukakan oleh syarikat Cekap Air Sdn Bhd, yang difailkan pada 20 November tahun lalu.

Menurut petisyen tersebut, Jovian, yang juga bekas menantu kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selaku penghutang penghakiman, telah melakukan perbuatan kebankrapan dalam tempoh enam bulan sebelum tarikh petisyen, iaitu dengan gagal mematuhi Notis Kebankrapan bertarikh 21 Mei tahun lalu.

Petisyen itu turut menyatakan bahawa Jovian berhutang kepada Cekap Air sebanyak RM5,284,340.66 termasuk faedah setakat 21 Mei tahun lalu, iaitu jumlah yang perlu dibayar berikutan penghakiman terus oleh Mahkamah Tinggi pada 2 April tahun lalu menerusi kes saman utama.

AKAN MENYUSUL

SinarHarian-

Tags: Bankrapjovian mandagie
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siasatan Insiden Putra Heights Dilakukan Dengan Bebas, Telus – MB Selangor

Next Post

Sekat Kenderaan Di Lebuh Raya: Polis Tahan Suspek Ejen Tarik Kereta, Buka 3 Kertas Siasatan

Related Posts

Tupperware Diisytihar Bankrap

Tupperware Diisytihar Bankrap

23/10/2024
0

NEW YORK: Tupperware Brands (Tupperware) syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur popular yang diisytiharkan bankrap semalam, bersetuju untuk menjual...

Gagal Bayar Pinjaman, Mahkamah Tinggi Arah Jovian Bayar RM10 Juta Kepada Dua Syarikat

Gagal Bayar Pinjaman, Mahkamah Tinggi Arah Jovian Bayar RM10 Juta Kepada Dua Syarikat

11/07/2024
2

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, untuk membayar RM10 juta kepada dua pengarah...

Next Post
Sekat Kenderaan Di Lebuh Raya: Polis Tahan Suspek Ejen Tarik Kereta, Buka 3 Kertas Siasatan

Sekat Kenderaan Di Lebuh Raya: Polis Tahan Suspek Ejen Tarik Kereta, Buka 3 Kertas Siasatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd