• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Haram Mainan Video Jesus Lawan Buddha

oleh
08/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta penyedia platform permainan video Fight of Gods untuk menyekat pautannya kepada pengguna Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam satu kenyataan media di sini hari ini menegaskan bahawa arahan tersebut perlu dilaksanakan pihak penyedia muat turun itu dalam tempoh 24 jam.

“Tindakan susulan akan diambil jika tidak dipatuhi,” katanya sebagai mengulas berhubung permainan video Fight of Gods menampilkan watak Jesus Christ atau Nabi Isa bagi umat Islam konon bertarung dengan Gautama Buddha itu.

Beliau menyifatkan permainan video yang dibangunkan oleh sebuah studio teknologi maklumat berpusat di Taiwan itu sebagai mengaibkan agama tertentu serta boleh mengancam keharmonian antara kaum majmuk di Malaysia.

“Langkah serta-merta perlu diambil demi melindungi kemaslahatan masyarakat,” kata Salleh sambil menegaskan bahawa tindakan mencipta dan menyebarkan kandungan berbaur jelik sedemikian merupakan satu kesalahan.

Pihak terbabit malah boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 namun pada masa sama, SKMM akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkaitan untuk mengekang jenayah berkenaan.

Media antarabangsa melaporkan penyedia permainan atas talian terkenal, Digital Crafter melancarkan Fight of Gods menerusi aplikasi Steam Early Access awal bulan ini dengan diskaun harga 40 peratus hingga 11 September.

“Rakyat Malaysia amat menghormati sensitiviti budaya dan agama, bahkan aktiviti penjualan serta pengedaran permainan video komputer yang tidak sensitif ini hendaklah dihentikan dengan serta-merta,” tegas Salleh lagi.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan kepada pengguna supaya membuat pilihan yang bijak apabila memilih kandungan bahan untuk diakses terutama melibatkan pautan dari luar negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: MCMCSKMM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

03/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran tegas kepada semua pihak supaya tidak menghasilkan atau menyebarkan...

Pentadbir Akaun HuaYan The Pureland Learning Centre Dipanggil MCMC

Pentadbir Akaun HuaYan The Pureland Learning Centre Dipanggil MCMC

27/04/2026
0

CYBERJAYA, 27 April 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang individu yang dipercayai pentadbir kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd