• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Salman Benarkan Wanita Saudi Memandu

oleh Ahmad Albab
27/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH/WASHINGTON – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz semalam mengarahkan supaya wanita dibenarkan untuk memandu, menamatkan tradisi konservatif yang dilihat aktivis hak asasi sebagai lambang penindasan pentadbiran diraja ke atas wanita.

Arab Saudi dikritik secara meluas kerana menjadi satu-satunya negara di dunia yang melarang wanita daripada memandu, walaupun pembaikan berperingkat ke atas sesetengah isu wanita sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kerajaan bercita-cita tinggi menyasar menaikkan peranan awam mereka terutama dalam tenaga kerja.

Walaupun cuba memupuk imej lebih moden sejak beberapa tahun lalu, larangan memandu menjadi noda sekian lama terhadap imej antarabangsa Arab Saudi.

Menurut agensi berita SPA, perintah diraja itu mengarahkan pembentukan sebuah kementerian untuk memberi nasihat dalam tempoh 30 hari dan kemudian melaksanakan arahan itu menjelang 30 Jun 2018.

Ia menyatakan, tindakan itu perlu ‘terpakai dan mematuhi standard Syariah’, merujuk kepada undang-undang Islam. Ia bagaimanapun tidak memberi butiran namun berkata, majoriti anggota Majlis Alim Ulama Kanan, badan agama tertinggi Arab Saudi, memberi kelulusan.

Sejam selepas pengumuman rasmi Arab Saudi itu, Dutanya ke Washington, Putera Khaled Salman berkata, ia adalah satu hari bersejarah dan besar di pentadbiran diraja itu.

“Saya fikir kepimpinan kami memahami bahawa masyarakat sudah bersedia. Saya fikir ia adalah keputusan yang betul pada masa tepat,” katanya.

Reaksi positif segera diterima dari dalam negara dan seluruh dunia dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengalu-alukan tindakan itu sebagai ‘langkah besar ke arah yang betul’.

Selama lebih 25 tahun, aktivis wanita berkempen supaya dibenarkan memandu, membuat bantahan jalanan, mengadakan petisyen dan menghantar video diri mereka memandu di media sosial. Bantahan itu menjurus tangkapan dan gangguan. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Raja SalmanWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd