• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkukuhkan Kerjasama Keselamatan Malaysia-China

oleh Ahmad Albab
29/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Mesin pengimbas tercanggih dari China yang mampu mengesan dengan pantas kegiatan penyeludupan barang terlarang di dalam kontena dan kenderaan akan ditempatkan di pintu-pintu masuk pemeriksaan Malaysia tidak lama lagi.

Mesin pengimbas berteknolohgi tinggi itu dibangunkan oleh Kementerian Keselamatan Awam China dan digunakan di lapangan terbang serta pelabuhan negara itu.

“China telah bersetuju secara dasarnya akan perkara itu,“ kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari di China.

Beliau berkata pemerolehan mesin pengimbas itu adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Dalam Negeri untuk menaik taraf keupayaan mesin pengimbas negara dalam usaha memerangi jenayah rentas sempadan antarabangsa dengan lebih berkesan.

Selain mesin pengimbas itu, China juga bersetuju untuk menyediakan beberapa peralatan di Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi, sebuah pusat yang fokus utamanya mengesan mesej-mesej keganasan dalam talian.

Kerjasama keselamatan dalam memerangi keganasan dan jenayah rentas sempadan sememangnya diberi perhatian berat oleh Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, yang tidak hanya terhad kepada China tetapi juga menjangkaui keseluruhan komuniti antarabangsa terutama polis antarabangsa (Interpol).

Semasa lawatan beliau di negara ini, Ahmad Zahid menghadiri majlis pembukaan rasmi Perhimpunan Agung Interpol ke-86 dnm mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin China.

Beliau telah membangkitkan supaya fungsi kepolisian Interpol dipertingkat melalui perkongsian maklumat antara 158 negara anggotanya, menyediakan latihan berterusan dalam kalangan 12 juta anggota polis di seluruh diunia dan mengikuti perkembagnan teknologi terkini bagi memberi jaminan menjadikan dunia ini tempat yang lebih selamat.

Antara pemimpin yang ditemui timbalan perdana menteri ialah Setiausaha Hal Ehwal dan Politik dan Undang-undang pusat Parti Komunis China, Meng Jianzhu dan Menteri Keselamatan Awam China, Guo Sheng Kun.

Beliau juga mengambil peluang untuk menyuarakan keprihatinan Malaysia kepada negara kuasa besar itu akan perlunya bantuan kemanusiaan antarabangsa bagi etnik Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh daripada penindasan kerajaan Myanmar dalam negeri Rakhine. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd