• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaburan Di AS Selari Dengan Mandat – Khazanah

oleh AK-47
15/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaburan Khazanah Nasional Bhd di Amerika Syarikat (AS) selari dengan mandat cabang pelaburan strategik kerajaan itu untuk mewujudkan nilai jangka panjang bagi Malaysia, menerusi pelbagai sektor dan geografi.

Khazanah dalam satu kenyataan hari ini berkata setakat ini terdapat 15 pelaburan kira-kira AS$410 juta di Amerika Syarikat, terutama dalam sektor teknologi.

“Pelaburan kami di Amerika Syarikat mewakili 1.3% daripada nilai aset portfolio kami yang direalisasi sebanyak RM145.3 bilion pada 31 Disember 2016,” katanya.

Khazanah berkata ia mempraktikkan proses ketat atas penilaian cadangan pelaburan yang melibatkan pemerhatian terperinci dan pelbagai pintu pelaburan sebelum menyerahkannya kepada Lembaga Pengarah untuk dipertimbangkan dan diluluskan.

“Secara keseluruhannya, pewujudan nilai jangka panjang daripada portfolio pelaburan kami kekal mantap, dengan portfolio bersih diselaraskan dan meningkat sebanyak 3 kali ganda, atau meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 9.3% setahun untuk Mei 2004 hingga 31 Disember, 2016,” katanya.

Pada masa depan, Khazanah berkata ia akan terus meneroka peluang pelaburan di Amerika Syarikat, dengan tumpuan khusus dalam sektor inovasi dan teknologi menerusi anak syarikatnya, Khazanah Americas Incorporated, yang diperbadankan pada 2013 di San Francisco.

Pejabat San Francisco merupakan pejabat luar ketiga Khazanah. Empat lagi di Beijing, Mumbai, Istanbul dan London. – Bernama

Tags: khazanahpelaburan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric Lim Sian See mempersoalkan kenyataan Menteri Kewangan II,...

Negeri Sembilan Perlu Tarik Pelaburan Berteknologi Tinggi, Tawar Gaji Lumayan

Negeri Sembilan Perlu Tarik Pelaburan Berteknologi Tinggi, Tawar Gaji Lumayan

29/07/2026
0

SEREMBAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan negeri ini perlu memberi tumpuan kepada usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd