• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Juara Bola Sepak Pantai Antarabangsa Busan

oleh AK-47
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia muncul juara Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa Busan kedua selepas menewaskan Awesome Club dari China 6-3 pada aksi akhir di Pantai Songdo, Korea Selatan, hari ini.

Penyerang berusia 35 tahun dari Terengganu, Zaharim Yusof meledak dua gol bagi Malaysia, manakala Fakhruddin Mohamad, Riduwan Md Noor, Fakhrullah Mohamad dan Ridhwan Zainal masing-masing menjaringkan satu gol bagi skuad negara, menurut laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Lebih membanggakan apabila penyerang Ridhwan dinobatkan sebagai pemain paling bernilai kejohanan, manakala pemain pertahanan Fakhrullah muncul penjaring terbanyak selepas menjaringkan tujuh gol sepanjang kejohanan dua hari itu.

Tempat ketiga menjadi milik kelab BSC dari Jepun, manakala pasukan PTU dari Thailand menamatkan saingan di tempat keempat.

Terdahulu, Malaysia mara ke final selepas menewaskan BSC 4-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 4-4 pada pusingan separuh akhir dan kelab Unknown dari Korea Selatan 8-2 pada suku akhir.

Pada kejohanan jemputan itu, Malaysia muncul juara Kumpulan D untuk mara ke suku akhir selepas membenam dua kelab tuan rumah, iaitu Busan Transportation Corporation 5-0 dan Songdo Baby FS 6-1. – BERNAMA

Tags: Bola Sepak PantaiMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Daripada Setiap Lapan Orang Bekerja di Malaysia Pekerja Asing – BERSAMA

Satu Daripada Setiap Lapan Orang Bekerja di Malaysia Pekerja Asing – BERSAMA

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti BERSAMA menyifatkan cadangan pemimpin DAP, Lim Guan Eng supaya pekerja asing dikecualikan daripada kenaikan gaji minimum...

PAS Kesal PMX Anwar Jemput Pemimpin Junta Myanmar Ke Malaysia Dengan Permaidani Merah

PAS Kesal PMX Anwar Jemput Pemimpin Junta Myanmar Ke Malaysia Dengan Permaidani Merah

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kekesalan terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput dan menerima kunjungan rasmi Min...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd