• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu Korea Utara

oleh Ahmad Albab
16/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara sambil menyifatkan tindakan itu sebagai satu lagi pencabulan jelas terhadap pelbagai resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Selain itu, ia turut menjejaskan rejim sejagat mengenai pelucutan dan ketakcambahan senjata nuklear.

Wisma Putra, dalam kenyataan malam ini, berkata Malaysia menyuarakan kebimbingan yang serius berikutan peluru balistik sekali lagi telah merentasi wilayah berdaulat Jepun, sekali gus memberi ancaman secara langsung terhadap keselamatan negara tersebut.

“Tindakan provokasi sedemikian terus memudaratkan ketegangan yang sedia wujud di Semenanjung Korea dan rantau ini. Ia adalah adalah satu lagi tindakan yang menjejas usaha masyarakat antarabangsa dalam mencari penyelesaian muktamad dan keamanan berkekalan di rantau tersebut,”menurut kenyataan itu.

Agensi berita China, Xinhua, hari ini melaporkan bahawa tentera Amerika Syarikat dalam kenyataan menyebut bahawa ia telah mengesan pelancaran peluru berpandu balistik perantaraan jarak dekat berhampiran Sunan di Pyongyang, pada jam 11.57 pagi waktu Hawaii (2157 GMT).

Agensi berita itu memetik Pemerintah Tentera Amerika Syarikat di Pasifik sebagai berkata bahawa peluru berpandu itu melintasi bahagian utara Jepun sebelum mendarat di Lautan Pasifik di bahagian timur Jepun.

Justeru itu, Wisma Putra berkata Malaysia menyeru semua pihak, khususnya rejim Pyongyang mengambil suatu pendekatan yang lebih berwaspada dan juga menekankan kepentingan mewujudkan suasana kondusif bagi menyambung semula proses dialog dengan segera antara pihak berkaitan.

“Malaysia kecewa dengan tindakan Korea Utara menentang gesaan masyarakat antarabangsa supaya rejim Pyongyang meneroka penyelesaian secara aman dalam menangani situasi di Semenanjung Korea,” menurut kenyataan itu.

Berikutan itu, Malaysia dengan tegas menggesa Korea Utara supaya menghentikan sebarang pelancaran peluru balistik, menamatkan program nuklear dan peluru balistik serta mematuhi sepenuhnya obligasi negara tersebut seperti termaktub dalam resolusi UNSC demi memelihara keamaan dan keselamatan antarabangsa. – BERNAMA

Tags: Korea UtaraMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

“Nama Tanah Melayu Telah Berakhir” – Veteran DAP

“Nama Tanah Melayu Telah Berakhir” – Veteran DAP

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim menegaskan nama Tanah Melayu telah berakhir dengan berkuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan. Menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd