• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Terus Komited Majukan Kawasan Luar Bandar

oleh AK-47
06/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Kerajaan Persekutuan terus komited untuk memajukan kawasan luar bandar dengan mewujudkan pelbagai pembangunan bagi faedah rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan mahu melihat kemajuan yang seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar supaya tidak ada kawasan yang ketinggalan.

“Kewujudan kampus universiti di kawasan luar bandar seperti di Jeli ini, merupakan antara pemangkin kepada kemajuan bukan sahaja ekonomi tetapi turut meningkatkan tahap sosial di kawasan kampus itu,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Timbalan Perdana Menteri bersama mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Mentor UMK, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Naib Canselor UMK Datuk Dr Mortaza Mohamed.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menganaktirikan mana-mana negeri termasuk kawasan luar bandar kerana kerajaan begitu prihatin dengan kepentingan rakyat.

“Ini memperlihatkan keprihatinan kerajaan persekutuan di kawasan luar bandar walaupun kita tahu di Kelantan ini tidak diperintah oleh pemerintah yang sama dengan Putrajaya, tetapi atas keprihatinan kerajaan Putrajaya untuk membangunkan kawasan mundur yang tidak diperintah oleh parti yang sama,” katanya.

Ahmad Zahid berkata UMK adalah antara pembangunan yang diterjemahkan oleh kerajaan Persekutuan atas iltizamnya untuk memajukan rakyat.

Beliau berkata melalui UMK, bidang sains turut dikembangkan di kawasan luar bandar dalam usaha melahirkan modal insan daripada golongan profesional. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd