Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Larangan Perbaharui ‘Roadtax’ Kenderaan...

KUALA LUMPUR - Pemandu dan kenderaan yang terlibat dengan perkhidmatan Uber dan Grabcar...

Amar, Amyra Selamat Bertunang...

KUALA LUMPUR - Pasangan pelakon popular, Amar Baharin, 31, dan Amyra Rosli, 25, selamat...

Banjir: Mangsa Di Pahang...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah ini meningkat kepada 51...

30 Tahun Dalam Industri...

KUALA LUMPUR - Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mengumumkan bersara daripada industri...

Kecoh Wanita Ugut Pekerja Butik Milik Kim Kardashian

LOS ANGELES – Seorang wanita bersenjatakan pistol mengancam pekerja butik milik bintang realiti televisyen, Kim Kardashian di sini semalam dan kemudian kembali dengan membawa parang.

Menurut laporan polis dan media Amerika Syarikat, wanita tidak dikenali itu berjaya melarikan diri dalam kedua-dua kejadian sebelum pihak polis dapat menangkapnya.

“Kami mahu tahu siapakah dia, kami mahu memastikan dia tidak melakukannya lagi,” kata jurucakap Jabatan Sherif Los Angeles, Juanita Navarro.

Wanita berkenaan memasuki butik di West Hollywood itu sejurus sebelum tengah hari dan menjerit ‘jauhi Cuba’ ketika mengacukan pistol ke arah seorang pekerja.

Dia menjatuhkan barang dari kaunter dan mengacukan senjata api ke arah pekerja kedua dan kemudian berjalan keluar.


Jabatan itu enggan mendedahkan butik berkenaan, tetapi stesen televisyen Los Angeles melaporkan ia butik DASH, milik Kardashian dan saudara perempuannya, Khloe.

Helikopter Jabatan Sherif turut digunakan untuk memburu wanita terbabit tetapi tidak menemuinya. – Reuters

Kategori