Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Dikejar, Dipijak...

LELAKI warga emas parah selepas dipercayai dikejar dan dipijak gajah di Kilometer 19...

Lagi Anggota Geng Mamak...

IPOH - Seorang lagi dipercayai anggota 'Geng Mamak' di ditahan di Kampung Larut...

Hunny Madu Mahu Lebarkan...

PENYANYI Hunny Madu memberitahu dia sudah mempunyai rancangan untuk melebarkan bakat nyanyiannya sehingga...

Lelaki Kena Gantung Tugas...

NIAT seorang lelaki mahu 'pedajal' bos wanitanya dengan meludah di dalam bekas air...

Lois Lane, ‘Kekasih’ Superman Meninggal Dunia

WATAK ‘Lois Lane’ dalam filem adiwira Superman yang ditayangkan pada 1978, Margot Kidder menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun.

Kidder meninggal dunia pada hari Ahad di kediamanya di Livingston, Montana, namun tidak didedahkan punca kematian.

Bagaimanapun menurut pengurusnya, Camilla Fluxman Pines, memaklumkan aktres itu mati dalam keadaan tenang ketika sedang tidur.

Selain terkenal sebagai heroin dalam Superman, Kidder membintangi pebagai filem pecah panggung termasuk You’ve Got Me! Who’s Got You? dan Trenchcoat.

Kidder bersama mendiang Christoper Reeve menjadi bintang dalam tiga sekuel Superman, iaitu Superman II pada 1980, Superman III (1983) dan yang terakhir Superman IV: The Quest for Peace yang ditayangkan pada 1987.

Reeve, yang lumpuh dari leher dalam kemalangan menunggang kuda pada tahun 1995, meninggal dunia pada tahun 2004.

Pada 2016, Kidder memberitahu media bahawa keserasian dengan Reeve adalah asli kerana mereka mempunyai latar belakang yang sama dan aktor itu kelihatan seperti seorang daripada adik lelakinya.


“Tenaga yang kami peroleh seperti adik dan kakak iaitu selalu bertengkar. Tiada siapa menyedari perbezaan antara kami berdua namun ia berjaya.

“Kami tidak perlu mencipta sebuah perbezaan realiti,” katanya seperti dilapor CNN.

Dilahirkan di Northwest, Kanada, Kidder membuat penampilan pertama sebagai pelakon dalam rancangan bersiri Wojeck pada 1969.

Beliau kemudian berpindah ke Los Angeles dan menggalas watak rancangan di televisyen termasuk McQueen, Mod Squad dan Nichols.

Namun pada tahun 1990, beliau pernah mengalami kemalangan kereta menyebabkannya terpaksa menghabiskan masa di kerusi roda selama hampir dua tahun. – MYNEWSHUB.CC

Kategori