Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

LHDN Buru Pelari Cukai

ADAKAH kerajaan suka-suka mahu mengenakan cukai pendapatan? Apakah saja-saja Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Anti-Ateis: AS Senarai Saudi...

PASUKAN Donald Trump memulakan serangan terbaharu dengan mengkritik Arab Saudi sebagai negara yang...

Awas Jangkitan Melioidosis Selepas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku penyebaran penyakit berjangkit...

Anggota Bomba Kerja Hari...

PUTRAJAYA - Selain warga Malaysia di luar negara yang berdaftar dengan pihak kedutaan,...

Model Kylie Jenner Hamil Anak Pertama Hasil Zina?

LOS ANGELES – Model Kylie Jenner, anggota keluarga selebriti Kardashian yang termuda, dilaporkan berjaya hamil hasil perzinaan dengan seorang kekasihnya sendiri.

Laman web berita selebriti, TMZ, majalah People dan Buzzfeed, semua memetik sumber berkata, Kylie, 20, yang juga adik selebriti popular, Kim Kardashian, hamil anak pertama dengan teman lelakinya, Travis Scott.

Wakil model berkenaan namun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan rasmi.

Kylie yang menggunakan program realiti televisyen mengenai keluarganya dan 97 juta pengikut di Instagram untuk mengusahakan industri kosmetik lumayan, kemudian menyiarkan gambar Snapchat menunjukkan perutnya dilindungi baju hitam bersaiz besar.

Majalah People yang memetik sumber tidak dikenali, berkata bayi itu dijangka dilahirkan Februari ini.


“Keluarganya sudah mengetahui perkara itu. Dia amat gembira, begitu juga Travis,” lapor majalah berkenaan.

Satu lagi sumber rapat dengan keluarga itu memberitahu People: “Ia tidak dijangka tetapi menjadi keadaan yang membuatkan Jenner amat gembira.”Reuters

Kategori