• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Wanita Ugut Pekerja Butik Milik Kim Kardashian

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Seorang wanita bersenjatakan pistol mengancam pekerja butik milik bintang realiti televisyen, Kim Kardashian di sini semalam dan kemudian kembali dengan membawa parang.

Menurut laporan polis dan media Amerika Syarikat, wanita tidak dikenali itu berjaya melarikan diri dalam kedua-dua kejadian sebelum pihak polis dapat menangkapnya.

“Kami mahu tahu siapakah dia, kami mahu memastikan dia tidak melakukannya lagi,” kata jurucakap Jabatan Sherif Los Angeles, Juanita Navarro.

Wanita berkenaan memasuki butik di West Hollywood itu sejurus sebelum tengah hari dan menjerit ‘jauhi Cuba’ ketika mengacukan pistol ke arah seorang pekerja.

Dia menjatuhkan barang dari kaunter dan mengacukan senjata api ke arah pekerja kedua dan kemudian berjalan keluar.

Jabatan itu enggan mendedahkan butik berkenaan, tetapi stesen televisyen Los Angeles melaporkan ia butik DASH, milik Kardashian dan saudara perempuannya, Khloe.

Helikopter Jabatan Sherif turut digunakan untuk memburu wanita terbabit tetapi tidak menemuinya. – Reuters

Tags: artis luar negaraKim K
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lois Lane, ‘Kekasih’ Superman Meninggal Dunia

15/05/2018
0

WATAK 'Lois Lane' dalam filem adiwira Superman yang ditayangkan pada 1978, Margot Kidder menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun....

Model Kylie Jenner Hamil Anak Pertama Hasil Zina?

24/09/2017
0

LOS ANGELES - Model Kylie Jenner, anggota keluarga selebriti Kardashian yang termuda, dilaporkan berjaya hamil hasil perzinaan dengan seorang kekasihnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd