• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAIM Dipecah Masuk, Jadual UPKK 2017 Disusun Semula

oleh Ahmad Albab
30/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jadual bagi peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2017 disusun semula berikutan kejadian pecah masuk di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam menyebabkan tiga kertas soalan bagi tiga subjek hilang.

Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata bagaimanapun kejadian itu tidak menjejaskan pelaksanaan peperiksaan tersebut yang dijadualkan pada 2 hingga 5 Oktober ini.

“Ini kerana Jakim telah menyediakan set soalan kedua bagi subjek-subjek tersebut dan penyusunan jadual baharu adalah bagi memastikan kelancaran peperiksaan UPKK 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jadual baharu bagi UPKK 2017 adalah seperti berikut:

ISNIN (2 Oktober)
2.15 petang hingga 3.45 petang – SIRAH
4 petang hingga 5.30 petang – ADAB (AKHLAK ISLAMIYAH) I

SELASA (3 Oktober)
2.30 petang hingga 4 petang – LUGHAH AL-QURAN

RABU (4 Oktober)
2.30 petang hingga 4 petang – ULUM SYARI’AH (AQIDAH DAN IBADAH)
4.15 petang hingga 5.15 petang – ADAB (AKHLAK ISLAMIYAH) II

KHAMIS (5 Oktober)
2.30 petang hingga 4 petang – PELAJARAN JAWI DAN KHAT

Sementara itu, Othman berkata pihak JAIM telahpun membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai kes pecah masuk berkenaan dan siasatan akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang.

“Jakim memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi berikutan perkara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: JakimUPKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

05/11/2025
0

SHAH ALAM: Pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam (SRI) al-Afsari di Saujana Putra di Kuala Langat yang 80 muridnya tidak dapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd