• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Puji Usaha Bernama Tangani Berita Palsu

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Indonesia hari ini memuji usaha agensi berita, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dalam menangani isu-isu berita palsu yang cuba menimbulkan kekeruhan hubungan dua hala antara Malaysia-Indonesia.

Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia, Rudyantara berkata Bernama harus dipuji kerana sentiasa mengutamakan ketepatan dalam beritanya dan masih menjadi rujukan kesahihan mengenai sesuatu kejadian.

Katanya, Bernama didapati sentiasa mengutamakan ketepatan berita dari kecepatan dan ia adalah lebih baik daripada media-media sosial yang mengutamakan kecepatan tetapi bukan ketepatan.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di sini, ketika ditemui selepas membuat kunjungan tidak rasmi ke atas Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.

Rudyantara berkata Bernama dan media-media arus perdana di Indonesia haruslah bekerjasama dalam usaha memerangi berita-berita palsu, yang sememangnya tidak mahu melihat hubungan harmoni antara Malaysia dan Indonesia.

“Saya mengapresiasi (menghargai) teman-teman dari Bernama, (menyalurkan berita) bagaimana kita meningkatkan hubungan antara kedua negara terutamanya bagaimana kita memerangi berita palsu.

Rudyantara berkata berita-berita palsu yang disebarkan sememangnya tidak mahu melihat harmonisasi antara Indonesia dan Malaysia, sehubungan itu Bernama serta rakan-rakan media di Indonesia mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyalurkan maklumat yang sahih bagi menjelaskan sesuatu isu secara tepat.

“Saya sentiasa berkomunikasi dengan Duta Besar Malaysia jika ada sesuatu perkara yang perlukan penjelasan dan kami menjaga harmonisasi antara kedua-dua negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: beritaIndonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

Media China Siar Berita Pelancong Malaysia Kata ‘Busuk’, ‘Tak Mandi’

Media China Siar Berita Pelancong Malaysia Kata ‘Busuk’, ‘Tak Mandi’

17/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan pelancong dari Malaysia didakwa mempersenda penduduk tempatan ketika bercuti di China mendapat perhatian media negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd