• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gunung Agung Bakal Meletus Bila-Bila Masa

oleh Ahmad Albab
25/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUNGKUNG – Hampir 35,000 orang dipindahkan dari sebuah gunung berapi di pulau pelancongan terkenal Bali, Indonesia selepas ia didapati semakin aktif dan mungkin meletus tidak lama lagi.

Pihak berkuasa melaksanakan larangan zon lingkungan 12 kilometer dari sekitar kawah Gunung Agung, ketika aktiviti gunung berapi itu semakin meningkat semalam menyebabkan gegaran di timur destinasi pelancongan terkenal dunia itu.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai tenang ketika laporan palsu dan video tersebar dalam talian mengenai letusan gunung berapi terbabit.

“Analisis terbaru menunjukkan tenaga seismik Gunung Agung meningkat dan berpotensi untuk meletus.

“Bagaimanapun, tiada seorang pun dapat meramalkan bila sebenarnya letusan berlaku,” kata Pusat Gunung Berapi Nasional dalam satu kenyataan.

Penerbangan di lapangan terbang antarabangsa Bali beroperasi seperti biasa semalam, begitu juga kawasan pelancongan di tempat lain pulau itu.

Ribuan penduduk kampung ditempatkan di pusat perlindungan sementara termasuk dewan bandaraya dan gimnasium sekolah serta khemah di perkampungan sekitar gunung berapi itu. Pihak berkuasa menjangka angka itu bertambah.

“Cabaran terbesar ialah, kami tidak dapat meramalkan jumlah penduduk yang bakal berpindah. Jika jumlahnya melebihi keupayaan maksimum, kami meminta setiap dewan awam di daerah berkenaan disediakan untumeletusk menjadi kem pemindahan,” kata Ketua Agensi Pengurusan Bencana Tempatan, Putu Widiada di daerah ini.

Katanya, pusat berkenaan akan dibekalkan dengan makanan, air, selimut dan khemah.

Agensi Pengurusan Bencana Nasional juga sudah menghantar makanan dan bekalan logistik ke kawasan itu sambil menggesa sumbangan orang awam. – AFP/myMetro Online

Tags: gunungIndonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd