Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Kantoi! 13 Sekeluarga ‘Kebas’...

'HABUAN' yang diperoleh 24 individu termasuk 13 sekeluarga selepas mencuri RM36 juta daripada...

Agong Lawat Tapak Cadangan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Suami Tahi Judi, Sanggup...

SUAMI syaitan. Itu gelaran yang sesuai buat seorang lelaki yang sanggup melacurkan isterinya sendiri...

Pejamkan Mata Ditonton Lebih...

PEJAMKAN Mata merupakan sebuah lagu yang memiliki lirik cukup bermakna sama ada tersurat mahupun...

Dedah ‘Konspirasi’ Clever Girl, Kiera Mohon Maaf

PENARIKAN diri wakil Pulau Pinang dalam pertandingan Clever Girl Malaysia iaitu Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera) baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi negatif terhadap rancangan itu.

Baca: Graduan Oxford Tarik Diri Daripada Clever Girl

Susulan itu, Kiera kini memohon maaf terhadap kenyataan yang dibuat secara terbuka dan memadam status yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Selain itu, Graduan Sains Kejuruteraan dari Universiti Oxford ini meminta agar orang ramai untuk berhenti daripada berterusan cetus spekulasi negatif yang boleh menjatuhkan ranking rancangan berkenaan.

“Kiera berharap semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama menghentikan spekulasi-spekulasi negatif yang sedang menular di Internet.

“Dengan kesempatan ini saya menyampaikan hasrat memohon maaf kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak,” ujarnya melapor mStar Online.

Sebelum ini, orang ramai dihebohkan dengan satu kenyataan terbuka menerusi akaun Instagram milik Kiera yang dilihat mendedahkan ‘rahsia’ disebalik keputusan penarikan diri daripada rancangan itu.

Menerusi kenyataan tersebut, graduan itu memberitahu terdapat beberapa peserta yang dikatakan menjadi kegemaran produksi diberikan soalan dan jawapan ‘bocor’.


Kaitan: Kiera Dedah Punca Keluar Clever Girl

Juga: TV3 Nafi Isu ‘Pilih Bulu’ Dalam Clever Girl

Bagaimanapun, Kiera telah menarik semula kenyataan tersebut dan memadam status yang dikatakan cetus kontroversi dikalangan orang ramai.

“Saya sudah padam status kenyataan itu dan bermakna saya menarik balik semula kenyataan berkenaan.

“Tambahan pula, saya sudah berjanji dengan produksi untuk tidak memberi sebarang komen terhadap keputusan penarikan diri tersebut,” katanya.

Lagi: Kiera Tarik Balik Kenyataan Isu Keluar Clever Girl

Tambah Kiera lagi, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penonton yang setia memberi sokongan padu sepanjang penglibatan dirinya dalam rancangan terbitan Media Prima tersebut.

Sementara itu, tindakan penarikan diri oleh Kiera menjadikan tinggal enam peserta sahaja yang akan bersaing dalam program itu.

Program Clever Girl Malaysia adalah pertandingan uji minda terbitan Primeworks Studios Sdn. Bhd. (PWS) untuk TV3 yang bersiaran secara langsung setiap hari Jumaat, bermula pukul 9 malam hingga 10 malam. – MYNEWSHUB.CC

Kategori