• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Wujudkan Taman Industri Halal Nasional

oleh AK-47
11/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang mewujudkan taman industri halal nasional dalam usaha memperkembangkan industri berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pusat itu boleh menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan baharu berkaitan industri halal selain produk bersesuaian dalam menuju ke era Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0).

Ahmad Zahid menarik perhatian bahawa 23 taman halal telah diwujudkan namun ia berselerak di seluruh negara.

“Untuk memperlihat keseriusan kita, saya amat bersetuju supaya Halal Jaya atau nama lain yang bersesuaian dapat diwujudkan oleh kerajaan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Dialog Perdana Industri Halal 2017, di sini hari ini.

Beliau berkata lokasi taman industri halal nasional itu tidak semestinya dibina di Lembah Klang dan perlu mengambil kira kos pemilikan tanah yang mampu milik.

​​​​​​​Terdahulu dalam sesi dialog, Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia, berkata 330,000 peluang pekerjaan disasar diwujudkan dalam industri halal menjelang 2020.

Sektor itu mempunyai 248,508 pekerja sehingga akhir tahun lepas.

Beliau berkata kerajaan turut menyasarkan pewujudan 1,600 syarikat pengeksport Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menjelang 2020 berbanding ​1,257 sehingga akhir 2016.

Sesi dialog yang dihadiri kira-kira 1,000 peserta mewakili pihak berkepentingan dalam industri halal Malaysia itu bertujuan mengumpul maklum balas dan cadangan mengenai hala tuju pembangunan industri halal negara ke peringkat lebih tinggi.

Maklum balas daripada sesi dialog itu akan dibentang pada sesi Makmal Pembentukan Pelan Industri Halal 2.0 dari 14 hingga 19 Sept ini.Eskport halal Malaysia berjumlah RM42 bilion tahun lepas berbanding RM39 bilion pada 2015 dan ia dijangka melebihi RM50 bilion menjelang 2020. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd