• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Pinda Akta GST Dibentang Di Parlimen

oleh AK-47
18/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 akan dipinda bagi membolehkan kerajaan mengutip berilion ringgit cukai daripada syarikat asing yang beroperasi di Malaysia di bawah ekonomi digitial.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, cadangan pindaan itu akan dibentangkan pada sesi persidangan Parlimen bulan depan.

“Kerugian terbesar dalam ekonomi digital ialah transaksi perniagaan kepada pengguna. Syarikat yang menyediakan perniagaan itu berada di luar negara dan menghantar terus kepada pengguna di sini.

Mereka mungkin dapat pembayaran serta-merta sedangkan perkhidmatan itu tidak dikenakan cukai.

“Ini merupakan diskriminasi ke atas penggiat tempatan yang dikenakan cukai,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan GST 2017 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Subromaniam berkata antara perniagaan dalam ekonomi digital di Malaysia yang kini tidak dikenakan cukai melibatkan pemaju perisian dan platform media sosial terkemuka.

Beliau berkata, cadangan pindaan ke atas Akta GST masih di peringkat perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan pihak berkuasa yang berkaitan.

Sementara itu beliau berkata Jabatan Kastam dalam kedudukan yang baik untuk mencapai sasaran kutipan cukai sebanyak RM42 bilion tahun ini, termasuk sumbangan daripada GST.

Jabatan itu mengumpul RM41 bilion cukai pada 2016. – BERNAMA

Tags: GSTParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd