• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Mohon Beli PLB Untuk Kegunaan Komuniti Laut

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengemukakan permohonan pembelian ‘personal locator beacons’ (PLB) untuk kegunaan komuniti laut kepada kerajaan yang antara lain memudahkan penyaluran bantuan mencari dan menyelamat (S&R).

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata agensi itu sedang menyiapkan kertas cadangan untuk dibentangkan kepada kabinet dalam masa terdekat selaras dengan usaha pihaknya untuk meuar-uarkan kepentingan penggunaan PLB ketika berada di laut.

Beliau berkata cadangan pembelian PLB adalah bagi kemudahan komuniti laut seperti nelayan atau mereka yang menjalankan aktiviti rekreasi di laut.

Alat PLB menggunakan sistem teknologi satelit terkini iaitu Cospas-Sarsat yang turut digunakan bagi peralatan ‘Emergency Locator Transmitter Maritime’ (ELT) dan ‘Emergency Position Indicating Radio Beacon’ (EPIRB) yang dipasang di kapal dan bot, katanya.

“PLB akan memudahkan Maritim Malaysia mengesan lokasi kejadian dengan lebih cepat bagi kes-kes yang berlaku di laut seperti pelanggaran kapal, anak kapal jatuh laut, nelayan atau pemancing lemas,” katanya pada sidang media berkaitan memperkasakan operasi S&R Maritim Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata penggunaan PLB secara tidak langsung akan mengurangkan kos operasi S&R kerana biasanya perbelanjaan S&R adalah kira-kira RM160,000 sehari atau bergantung kepada tempoh dan luas kawasan pencarian.

Menurut statistik operasi S&R sejak Januari tahun ini sehingga kini, ia melibatkan 370 mangsa dengan 224 orang dapat diselamatkan, 106 mati lemas dan 40 lagi hilang.

“Satu daripada punca kehilangan mangsa-mangsa ini adalah kerana kita tidak dapat mencari mangsa dan lambat untuk mencari lokasi kejadian dengan tepat,” katanya.

Zulkifli berkata APMM masih menimbang pendekatan terbaik sama ada PLB itu sesuai diberikan secara pinjaman atau sewaan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau memaklumkan sehingga kini, hanya 62 individu yang mendaftarkan penggunaan PLB kepada APMM dengan kos pembelian satu alat tersebut sekitar RM1,500.

Beliau berkata PLB akan turut membantu para nelayan yang berhadapan dengan ancaman lanun atau ditahan secara tidak sah oleh pihak berkuasa negara jiran melalui penghantaran isyarat kecemasan di lokasi terakhir mereka berada.

“PLB juga sesuai dibawa individu yang menjalankan aktiviti di gunung atau hutan yang akan membantu pihak berkuasa seperti polis dan bomba mengesan lokasi mereka sekiranya berhadapan dengan kes kecemasan,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMMKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd