Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Cupcake ‘Jerawat’ Ini Boleh...

KITA biasa melihat pelbagai bentuk kek cawan yang muncul sejak trend 'cupcake' melanda dunia. Hati...

KJ Sahkan Bajet 2023...

PUTRAJAYA : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mengesahkan Bajet 2023 akan dibentangkan di Parlimen,...

Keputusan KJ Bertanding Tepati...

KANGAR – Pengumuman Khairy Jamaluddin untuk bertanding sebagai Presiden UMNO pada pemilihan parti...

Berita Palsu Pak Lah...

KUALA LUMPUR - Lagi berita palsu mengenai kematian Tun Abdullah Ahmad Badawi tersebar...

APM Kubang Pasu Terima Peralatan Bernilai RM10,000

JITRA – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu hari ini menerima sumbangan peralatan sebagai persediaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat ketika operasi menyelamat dan menghadapi bencana alam.

Sebanyak tujuh unit peralatan bernilai RM10,000 telah disumbangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz yang juga merupakan Anggota Parlimen Jerlun iaitu dua set mesin tekanan tinggi, dua set mesin semburan, dua set mesin rumput dan satu set pam racun.

“Saya harap sumbangan peralatan ini dapat membantu dan memudahkan anggota APM membantu masyarakat terutamanya ketika ditimpa bencana alam seperti ribut dan banjir. Ini juga dapat memperkemaskan lagi gerak kerja mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata hingga kini APM Kubang Pasu mempunyai seramai 6,000 anggota dengan 200 daripadanya merupakan anggota aktif dalam operasi bantuan dan menyelamat.

“Setakat ini memang tiada bencana seperti banjir yang berlaku di sini tetapi sekiranya ia terjadi, seramai 100 anggota APM Kubang Pasu telah bersedia 24 jam untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.


Terdahulu, Othman merasmikan Majlis Korban APM Peringkat Negeri Kedah di Pejabat APM Kubang Pasu di Bandar Darul Aman di sini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APM

Kategori