• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Tolak Pencalonan Jawatan Presiden KAFA

oleh AK-47
12/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Hasrat anggota gabungan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencalonkan bekas presiden, Tan Sri Annuar Musa bagi mengisi jawatan presiden tidak kesampaian apabila Annuar menolak pencalonan tersebut hari ini.

Annuar, selaku penasihat KAFA, mendahului senarai lima individu yang dicalonkan oleh anggota-anggota gabungan persatuan itu bagi bertanding jawatan berkenaan pada Kongres Tahunan ke-43 badan induk negeri itu, Ahad ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Ismail Md Noor, yang mengumumkan senarai pencalonan bagi jawatan berkenaan hari ini, menyatakan empat individu lain yang dicalonkan ialah timbalan presidennya, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; naib presiden, Datuk Rosmadi Ismail; penaja KAFA, Datuk Ir. Shaari Hassan dan ahli perniagaan, Bibi Ramjani Illias Khan.

Annuar berkata penolakan pencalonan tersebut dilakukan berikutan beliau mahu memberi laluan kepada individu lain untuk menerajui pucuk kepimpinan persatuan itu bagi penggal 2017 hingga 2021.

“Saya tidak perlu bertanding kerana saya yakin ramai individu lain boleh melakukan perubahan yang lebih baik terhadap KAFA daripada saya.

“Sepuluh tahun (menjadi presiden) sudah cukup lama, dalam tempoh itu saya sudah melalui suka duka dan pelbagai masalah dalam sukan ini (Bola Sepak),” katanya pada catatan terbaharu di laman Facebooknya hari ini.

Annuar melepaskan jawatan tersebut pada November tahun lepas.

Beliau percaya seperti suara sebahagian penyokong pasukan Kelantan bahawa KAFA dan bola sepak Kelantan akan bertambah baik dengan diterajui oleh tokoh-tokoh baharu. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaKAFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd