• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, January 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid Sampai Sumbangan Kepada 23 Asnaf

oleh AK-47
06/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluangkan masa bertemu sekumpulan 23 orang golongan asnaf di Kampung Wakaf Zin, Ayer Lanas di sini sempena lawatan sehari beliau ke Kelantan.

Ahmad Zahid yang tiba kira-kira 5.10 petang di sini turut berkesempatan meluangkan masa lebih setengah jam untuk bertanya khabar dan bermesra dengan tiga pesakit kronik iaitu Muhammad Hasan, 61, dan Nik Esah Tuan Draman, 64, yang diserang angin ahmar, manakala Azizah Samad, 59, pesakit ketumbuhan di leher dipercayai kanser.

Beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM200 masing-masing kepada 23 golongan itu serta tiga pesakit kronik itu, selain menyerahkan topi keledar kepada 25 anggota Pergerakan Pemuda UMNO dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kedai Ayer Lanas.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed, serta Presiden Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) Datuk Abdul Halim Sulaiman.

Terdahulu, Ahmad Zahid menunggang motosikal berkuasa tinggi dari Kem Rejimen Sempadan Batu 11, Tanah Merah sejauh 20 kilometer ke Kampung Wakaf Zin, di sini sambil diiringi 600 penunggang motosikal daripada persatuan tersebut.

Sementara itu, Nik Esah ketika ditemui pemberita berkata beliau bersyukur kerana dapat bertemu dengan Ahmad Zahid yang sebelum ini hanya biasa dilihatnya di televisyen.

Ibu kepada sembilan anak itu yang terlantar akibat angin ahmar sejak 10 tahun lalu kini dijaga oleh suaminya, Junoh Saad, 70, dan anak ketujuhnya, Halimatul Hazwa, 30.

“Walaupun mata saya rabun, tapi saya kenal beliau (Ahmad Zahid). Saya cam apabila dengar dia bercakap dengan saya,” katanya dalam nada ceria.
Sementara itu, Muhammad berkata sebelum ini, kali terakhir dia bertemu dengan Ahmad Zahid kira-kira 10 tahun lalu ketika menghadiri satu program di jajahan ini.

“Saya sudah lama berhasrat menemui pemimpin negara dan doa saya untuk berjumpa Timbalan Perdana Menteri termakbul hari ini,” katanya yang diserang angin ahmar sejak empat tahun lalu. Beliau mempunyai 10 anak.

Petang ini, Timbalan Perdana Menteri menghadiri Program Bersama Pelajar Baru Universiti Malaysia Kelantan kampus Jeli sebelum menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Makan-Makan Bandar Jeli, yang dijadualkan 9 malam ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

08/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan isu permohonan maaf daripada DAP kepada UMNO seperti yang dibangkitkan Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd