• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Penari Bogel Thailand Berdepan Penjara 5 Tahun

oleh AK-47
04/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA gadis Thailand yang menari bogel dalam satu video lucah, kini berdepan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Thanyakan Rojin, 23, dan rakannya, Kanthicha Buranon, 21, hanya menutup bahagian sulit mereka dengan patung mainan dan puting silikon di dada mereka.

Video berkenaan telah ditonton lebih sejuta kali selepas ia dikongsi di media sosial bulan lepas. Selepas video itu tersebar, pihak berkuasa telah mengeluarkan waran tangkap ke atas kedua-duanya.

Menurut Thanyakan, dia melakukan aksi memalukan itu bagi mendapatkan wang untuk menyara keluarganya yang miskin.

“Saya tidak mahu melakukannya tetapi saya perlukan duit untuk menyara keluarga saya. Saya juga ingin memohon maaf kerana memberikan contoh yang buruk kepada golongan muda.

“Perkara ini akan menghantui saya selama-lamanya,” kata Thanyakan.

Thanyakan dan Kanthicha juga memberitahu polis mereka melakukan tarian itu untuk media sosial dan sebagai balasan mendapat wang daripada beberapa syarikat.

Aksi itu dirakamkan pada 23 Ogos lalu.

“Kami membuka baju untuk mendapatkan perhatian dan itu bermakna lebih banyak duit,” kata Kanthicha yang mahu menggunakan wang terbabit untuk menghantar adiknya ke universiti. – MYNEWSHUB.CC

Tags: penari bogelPenjara
Share303Tweet189SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd