Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

‘Jodoh Mira Filzah Tersekat...

MIRA FILZAH, nama yang tak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Siapa...

Akta Antiberita Tak Benar...

PASIR PUTEH - Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diwartakan semalam adalah selari...

Hati Suci ‘Abam Polis’...

KEPRIHATINAN anggota polis sedia menumpangkan seorang ibu dan kanak-kanak yang bonceng motosikal dalam...

Jom Serbu Himpunan Saya...

BUAT julung kalinya, Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT) bakal menganjurkan 'Himpunan Saya...

Usah Percaya Berita Tular Konon Wukuf Jatuh Jumaat

MAKKAH – Umat Islam di Malaysia selain jemaah haji yang berada di Tanah Suci ketika ini diminta tidak percaya penyebaran mesej tular menerusi media sosial konon hari wukuf jatuh pada Jumaat.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman memberitahu media Malaysia di sini, penetapan tarikh wukuf akan ditentukan secara muktamad oleh pihak berkuasa Arab Saudi minggu depan.

Justeru Lembaga Tabung Haji (TH) meminta orang ramai agar tidak mempercayai penularan mesej sejak beberapa hari lalu, berhubung tarikh penentuan hari wukuf yang kononnya bakal jatuh pada Jumaat iaitu 1 September ini.

“Jika diikutkan semua tarikh Hijrah termasuklah penetapan hari wukuf dan kemudian Hari Raya Aidiladha adalah bergantung kepada takwim ummul qura’ (kalendar Islam) yang dipakai bersama dengan pihak Arab Saudi.

“Jadi, jika ummul qura’ itu diguna pakai, maka wukuf pada 9 Zulhijah itu jatuhnya 31 Ogos ini iaitu hari Khamis,” katanya kepada wartawan Malaysia di ibu pejabat TH di bangunan Hotel Abraj Al-Janadriyah di sini hari ini.

Syed Saleh menjelaskan mengenai isu mesej yang mulai tular dalam kalangan jemaah haji Malaysia di sini, begitu juga di tanah air sejak beberapa hari yang lalu sehingga mencetuskan kekeliruan dan andaian salah faham.

Mengulas lanjut ujar beliau lagi, setiap tahun memang menjadi kelaziman pihak berkuasa Arab Saudi akan melihat sendiri anak bulan sebelum mengisytiharkan kedatangan bulan yang baharu mengikut amalan takwim Hijrah.


“Maka mereka (Arab Saudi) dijangka melihat anak bulan pada petang 21 Ogos ini iaitu Isnin depan untuk menentukan sama ada keesokan harinya, 22 Ogos adalah 30 Zulkaedah ataupun 1 Zulhijah, iaitu bulan baharu.

“Daripada keputusan muktamad itu nanti, barulah kita akan mengetahui tarikh jatuh hari Wukuf dan sambutan Aidiladha. Maka kita kena tunggulah dahulu pengisytiharan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi,” ujar Syed Saleh.

Beberapa hari lalu, satu mesej kononnya pihak Arab Saudi memutuskan Rabu, iaitu 23 Ogos sebagai 1 Zulhijah dan hari wukuf pada hari Jumaat, manakala Aidiladha adalah pada Sabtu, 2 September. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori