Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Desak Hukum Putera Mahkota...

LONDON - Desakan untuk Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman dihukum dalam...

Akaun Instagram Zul Ariffin...

BARU saja terpalit dengan kontroversi berhubung foto-foto seksinya di laman sosial, kini Instagram...

Kertas Matematik & Tamil...

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof sebentar tadi mengumumkan calon...

Bersih Hanya Mahu Rakyat...

BATU PAHAT - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd...

Tunku Tun Aminah, Dennis Selamat Diijab Kabul

JOHOR BAHRU – Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan warga Belanda, Dennis Muhammad Abdullah, selamat diijab kabul di Istana Bukit Serene di sini dengan penuh tradisi dan adat istiadat budaya Johor, sebentar tadi.

Sebanyak 30 gambar istiadat nikah yang dimuat naik dalam laman Facebook Johor Southern Tigers dikongsi sehingga lebih 5,000 pengguna laman sosial berkenaan sejak dimuat naik sejam lalu.

Laman sosial berkenaan turut merakamkan ucapan sembah tahniah kepada Tunku Aminah dan suaminya.

Menerusi gambar yang dimuat naik, semua keluarga Diraja menghadiri istiadat berkenaan.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Upacara bersanding dijangka berlangsung jam 8 malam ini di Bilik Singgahsana, Istana Besar di sini.

Tunku Tun Aminah yang diputerikan pada 8 April 1986, adalah anakanda kedua daripada enam beradik dan puteri tunggal kepada Sultan Ibrahim dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah. – BH Online

Kategori