• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiket Konsert Bruno Mars Habis Dalam 45 Minit

oleh AK-47
14/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERITA sedih buat peminat di Malaysia apabila tiket konsert Bruno Mars di Kuala Lumpur yang diadakan pada tahun hadapan sudah habis terjual.

Menerusi laporan The Star, tiket konsert yang berharga dari RM398 hingga RM888 yang mula dijual pada pukul 10 pagi telah habis dalam tempoh hanya 45 minit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam, R. Para yang mewakili pihak penganjur konsert iaitu PR Woldwide berkata, dia terkejut dengan sambutan jualan tiket berkenaan.

“Kami menjangkakan tiket akan habis terjual dalam masa satu hari bukan dalam masa 45 minit. Ia adalah petunjuk yang baik untuk muzik dan industri konsert, ia akan memberi impak yang positif kepada industri pelancongan seperti hotel yang akan penuh dengan tempahan,” katanya.

Malah, Pihak PR Worldwide juga telah mengeluaran kenyataan menerusi laman Facebook sebaik sahaja tiket habis terjual.

“Tolong sentiasa melihat www.prworldwidelive.com untuk sebarang pengumuman berkenaan dengan penambahan kapasiti yang kami akan tawarkan selepas berbincang dengan pihak produksi artis,” tulis penganjur.

Dalam pada itu, R. Para juga memberi pesanan kepada peminat supaya tidak membeli tiket daripada ulat tiket.

“Untuk peminat yang tidak berjaya membeli tiket lagi, jangan membeli daripada ulat tiket atau laman sesawang yang bukan daripada pihak kami. 

“Walaupun sebelum kaunter tiket dibuka, ada yang memberitahu mereka sudah mempunyai tiket yang palsu!” katanya.

Konsert jelajah yang diberi nama The Bruno Mars 24K Magic World Tour ini sedang berlangsung di Amerika Utara dan akan mula siri jelahan di negara Asia bermula Mei tahun hadapan.

Dua lokasi yang terpilih iaitu Manila, Filipina pada 3 Mei, manakala pada 9 Mei di Axiata Arena, Stadium Sukan Bukit Jalil.

Sementara itu, Bruno Mars juga akan membuat persembahan di Jepun selama dua hari pada bulan April tahun hadapan.

Konsert tersebut dibawa khas oleh PR Worldwide dan Live Nation. – mStar Online

Tags: bruno marsKonsertpenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Nourul Depp Pilih Mimi Fly Penyanyi Jemputan Konsert ‘For You Nourul’

Nourul Depp Pilih Mimi Fly Penyanyi Jemputan Konsert ‘For You Nourul’

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Nourul Depp memilih Mimi Fly sebagai artis jemputan bagi konsert solo ‘For You Nourul’ yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd