• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Aplikasi Guna Teknologi Sepenuhnya

oleh Ahmad Albab
03/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Tabung Haji (TH) mengaplikasikan sepenuhnya penggunaan teknologi bagi memastikan operasi haji musim 1438 Hijrah berjalan lancar selaras dengan moto Pusat Maklumat Operasi agensi berkenaan, ‘’Çepat dan Tepat”.

Pengarah Operasi Makkah 1438 Hijrah, Datuk Ahmad Sohaimi Abd Rahim berkata sebahagian daripada teknologi yang digunakan pada musim haji tahun ini, sudah diuji dalam projek perintis ketika musim haji lepas, dan terbukti berkesan dalam melicinkan operasi haji.

Beliau berkata sebagai antara penggerak utama operasi haji di Tanah Suci, lima komponen teknologi diaplikasikan secara agresif pada musim haji kali ini.

“Kita mempunyai perkhidmatan ‘SMS Blast’… jemaah haji yang mempunyai kad sim Arab Saudi dan mendaftar nombor telefon mereka dengan kita (TH) akan mendapat mesej penting dan amaran berjaga-jaga yang memerlukan tindakan segera,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat TH Makkah di sini Selasa.

Selain itu, katanya penggunaan Sistem Bravo, iaitu penggunaannya seperti ‘walkie-talkie’’atau ‘push-to-talk’ (PTT). Sistem ini merupakan perhubungan penting dalam kalangan petugas yang menjalankan tugas di Makkah dan Madinah.

“Petugas akan mendapatkan maklumat secara serentak. Contohnya ketibaan jemaah di Jeddah, petugas di Makkah juga menerima maklumat itu melalui sistem Bravo,” katanya.

Beliau berkata TH juga menggunakan aplikasi dikenali sebagai “Haj Mobility” (laporan haji bergerak) yang sangat penting ketika Masyaír apabila berlaku pergerakan bas dari Makkah ke Arafah; Arafah ke Muzdalifah; Muzdalifah ke Mina, dan Mina ke Makkah, dengan semua itu dilaporkan menggunakan aplikasi di muat turun dalam telefon bimbit masing-masing.

“Maklumat jemaah haji dalam ‘poket’ kita. Laporan pergerakan bas tidak perlu dilakukan di pejabat di hadapan komputer tetapi boleh dibuat di luar bangunan dan sebagainya. Laporan itu boleh dilakukan di lapangan dan dibuat dengan segera,” katanya.

Ahmad Sohaimi berkata, TH turut mengaplikasikan Sistem Maklumat Bersepadu, iaitu semua pusat pengurusan operasi boleh mengakses sistem berkenaan yang bertujuan melapor dan mendapatkan maklumat berkaitan segala urusan operasi haji di Tanah Suci Makkah.

Selain itu, beliau berkata aplikasi ‘Dashboard Haji’ turut digunakan yang akan menjadi pusat penyimpanan data, dan bertindak sebagai pusat capaian untuk menyimpan dan menyalurkan maklumat jemaah haji.

“Sistem ini bukan sahaja untuk musim haji, tetapi selepas mereka pulang ke tanah air,” katanya bahawa melalui penggunaan pelbagai teknologi itu akan dapat memberi impak tambahan dalam kelancaran operasi haji musim ini. – BERNAMA

Tags: Tabung Haji
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd