• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Julung Kali Paragliding Rai Merdeka 12 Ogos

oleh
09/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sempena kempen kibar Jalur Gemilang peringkat negeri, buat pertama kalinya kerajaan negeri akan menganjurkan Program Terengganu Merdeka Paragliding selama dua hari mulai 12 Ogos ini.

Acara yang bakal berlangsung di Taman Paragliding Kota Putera Bukit Bubus Tembila, Besut akan melibatkan 48 orang ‘pilot’ paragliding yang akan menerbangkan Jalur Gemilang bersama orang ramai yang ingin turut serta melayang di udara.

Program anjuran Unit Belia dan Sukan negeri akan dijayakan dengan kerjasama Unit Korporat Setiausaha Kerajaan, Kelab Sukan Udara Bukit Baru, Kelab Luncur Angin Besut, Kelab Luncur Udara Jerai dan Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF).

Penganjur dalam satu kenyataan memberitahu, Taman Paraglinding Bukit Bubus menjadi lokasi pilihan kerana pemandangan yang menarik dan kawasan yang strategik bagi aktiviti ini berasaskan ketinggiannya.

“Dengan adanya program ini dapat mempromosikan aktiviti sukan lasak secara lebih meluas sebagai salah satu produk pelancongan di Terengganu.

“Juga dapat menarik lebih ramai penglibatan golongan belia dalam sukan ini, dan memberi ruang kepada MSAF mencari bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa,” ujar kenyataan itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: jalur gemilangParaglidingTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd