• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tapak Kompleks Tabung Haji Dikenal Pasti Di Makkah

oleh Ahmad Albab
29/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sudah meninjau beberapa tapak sesuai untuk cadangan pembinaan Kompleks Tabung Haji di Tanah Suci Makkah, tidak lama lagi.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata beliau bersama pengurusan tertinggi Tabung Haji telah meninjau beberapa lokasi berkenaan semalam, yang bakal menempatkan keseluruhan jemaah haji Malaysia serta ibu pejabat agensi itu di kota suci ini.

“Bagi memudahkan jemaah haji Malaysia melaksanakan tuntutan Rukun Islam Kelima, Tabung Haji merasakan perlunya sebuah Kompleks Tabung Haji yang boleh menempatkan semua jemaah dalam satu bumbung.

“(Perjanjian cadangan pembinaan kompleks) ini akan dimeterai dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama jemaah haji Malaysia dan pelancaran sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Hotel Land Premium di sini, Isnin.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Seri Johan Abdullah, Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan beberapa Anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji.

Mengulas lanjut, Abdul Azeez berkata lokasi yang dilawati itu sudah mengambil kira pelbagai faktor, termasuk berdekatan dengan Masjidil Haram serta memenuhi keperluan jemaah haji Malaysia.

Beliau berkata cadangan pembinaan kompleks berkenaan adalah hasil hubungan baik Tabung Haji dan kerajaan Malaysia dengan Arab Saudi.

Katanya rancangan membina Kompleks Tabung Haji juga akan dilaksanakan di Madinah.

Cadangan pembinaan Kompleks Tabung Haji di Tanah Suci Makkah dan Madinah disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ketika lawatan rasmi baginda ke Malaysia pada Februari lepas.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata banyak sejarah bakal tercatat semasa Hari Kebangsaan 2017 pada 31 Ogos ini, kerana ia juga merupakan Hari Wukuf yang merupakan hari kemuncak ibadah haji, selain tarikh itu juga akan menyaksikan kecemerlangan Malaysia pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Saya bersama-sama jemaah haji Malaysia di Tanah Suci mendoakan agar kesejahteraan serta keamanan Malaysia dan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak insya-Allah, Malaysia akan terus maju dan makmur.

“Kita juga akan terus berdoa di Tanah Suci ini agar Malaysia dilimpahi rahmat serta dijauhi malapetaka dan sebagainya,” kata beliau. – BERNAMA​​​

Tags: MakkahTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

14/04/2026
0

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋 Alhamdulillah Pendaftaran dan Tempahan Bagi Ibadah Korban pada tahun ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd