• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Bertindak Individu Disiasat Beri Kenyataan Media

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam siasatan SPRM yang membuat kenyataan media berkaitan kes siasatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata kini menjadi “trend” individu yang terlibat dalam siasatan SPRM menemui pihak media untuk menceritakan fakta kes berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas upacara menaikkan bendera SPRM di bangunan baharu SPRM di Presint 7 di sini hari ini, beliau berkata komen berkaitan fakta siasatan boleh dirumuskan sebagai mengganggu siasatan.

“SPRM tidak mahu perbicaraan oleh pihak media. Kalau ada keterangan datang ke SPRM atau sabarlah. Dia sendiri pun tidak tahu sama ada dia masuk dalam senarai saksi atau mungkin suspek. Yang tidak sabar sangat hendak bagi keterangan di media itu kenapa?,”katanya.

Katanya mereka yang membuat kenyataan kepada media melakukan kesalahan di bawah Seksyen 48(h) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan mana-mana orang yang mengganggu, menakutkan, mengancam atau melarikan atau cuba untuk mengganggu, mengancam atau melarikan mana-mana orang yang terlibat dalam penyiasatan, yang boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Dzulkifli turut memberi amaran supaya mereka tidak mencemuh atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur hasutan mahupun menjatuhkan imej dan nama baik SPRM.

“SPRM tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, menjatuhkan imej SPRM, mengaitkan apa-apa tindakan SPRM serta mempersoalkan tindakan SPRM kerana ia boleh ditafsir sebagai fitnah,” katanya.

Beliau menegaskan SPRM menjalankan operasi tanpa apa-apa kepentingan melainkan memelihara negara daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Mengenai operasi SPRM di bangunan baharu, Dzulkifli berkata SPRM akan beroperasi sepenuhnya di bangunan baharu menjelang 1 Sept ini dan pada masa ini masih dalam proses berpindah. – BERNAMA

Tags: Datuk Dzulkifli AhmadSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd