• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Tahun UTAR Sediakan Pendidikan Bermutu

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) menyambut ulang tahun ke-15 hari ini seiring dengan 15 tahun kecemerlangannya dalam pendidikan, kata presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Peristiwa penting itu memberi signifikan besar kepada mereka yang bekerja keras untuk merealisasikan wawasan itu menjadi kenyataan. Bersesuaian dengan ini, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada presiden UTAR, Tun Dr Ling Liong Sik…Saya berasa amat gembira untuk melihat beliau masih menyumbang kepada universiti dan mengetuai beberapa projek amal.

“Tun Dr Ling memainkian peranan penting dalam penubuhan UTAR,” kata beliau dalam ucapannya pada majlis sambutan ulang tahun ke-15 UTAR yang diadakan di kampusnya di Sungai Long, dekat sini hari ini.

Turut hadir ialah canselor UTAR, Dr Ling dan presiden UTAR Datuk Dr Chuah Hean Teik.

Liow berkata UTAR kini dianggap sebagai antara universiti terkemuka di Malaysia dengan seramai 26,000 pelajar yang mendaftar masuk ke universiti itu,  peningkatan ketara daripada pengambilan awal sebanyak 411 pelajar pada 2002.

“UTAR disenaraikan dalam ranking 120 universiti terbaik oleh Times Higher Education Asia University Rankings 2017 dan berada dalam kedudukan 150 universiti terbaik oleh Times Higher Education Young University Rankings 2017.

Selain  itu, UTAR juga telah dianugerahkan status akreditasi sendiri oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Kementerian Pendidikan Tinggi awal tahun ini,” kata Liow.

Sejak 2005, UTAR mempunyai dua kampus tetap iaitu di Kampar, Perak dan di Sungai Long, Selangor, kata beliau.

Liow berkata MCA akan terus memberi sokongan kepada UTAR bagi menyediakan pendidikan tinggi yabng berkualiti dan mampu kerana parti tersebut mempunyai pandangan yang sama dengan universiti untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara dalam penyediaan pendidikan berkualiti untuk golongan belia ke arah memenuhi keperluan sumber manusia negara.

Beliau berharap UTAR akan terus berkembang dan menjadi universiti terkemuka setanding dengan universiti terbaik bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiMCA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd