• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salleh Ajak Rakyat Kibar Jalur Gemilang, Pamer Patriotisme

oleh Ahmad Albab
04/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengajak rakyat menzahirkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 dan penganjuran Sukan Sea 2017 bulan ini.

Salleh berkata masyarakat di negara ini dilihat masih kurang dan lesu untuk mengibarkan Jalur Gemilang walaupun pelbagai pengisian direncana bagi mengisi sambutan bulan kemerdekaan seperti pertandingan syarahan merdeka, tayangan filem-filem perjuangan menuntut kemerdekaan selain perbincangan di pelbagai platform termasuk media sosial.

Katanya tanggapan bahawa mengibar bendera itu hanya sekadar simbolik dan bukan keutamaan untuk menzahirkan kebanggaan perlu diubah dan kekuatan semangat patriotisme, yang diyakini masih kukuh di hati rakyat negara ini, tidak seharusnya terpendam di dada sahaja.

“Masalah sikap inilah yang menyebabkan rakyat kita memandang mudah kepada keperluan mengibarkan Jalur Gemilang.

“Saya berharap tahun ini sikap apati sebegitu tidak berlaku lagi. Dengan tema kemerdekaan kita tahun ini ‘Negaraku Sehati Sejiwa’, adalah wajar bagi kita bersatu hati menyambut kemerdekaan bersama,” katanya dalam laman blog beliau sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Selain Malaysia, Ogos juga merupakan bulan kemerdekaan bagi beberapa negara antaranya Singapura (9 Ogos), Korea Selatan (15 Ogos), Liechtenstein (15 Ogos) dan Indonesia (17 Ogos) yang disambut penuh gemilang dengan kibaran bendera di sepanjang jalan.

Salleh berkata sambutan kemerdekaan negara tahun ini seharusnya lebih gemilang dan meriah dengan peranan Malaysia selaku tuan rumah temasya Sukan Sea 2017 bulan ini.

“Tunjukkan kepada negara luar betapa kuatnya jiwa patriotik kita anak Malaysia. Tunjukkan kepada negara luar kita bangsa yang menjunjung tinggi akhlak dan budaya, bukannya bangsa yang lupa sejarah.
“Marilah kita buktikan kemerdekaan sebagai lambang pemersatu kita rakyat Malaysia. Sambutlah kemerdekaan kita dengan penuh kebanggaan,” katanya.

Malaysia akan menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA ke-29 yang dijadual berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos 2017 di Kuala Lumpur, selain menjadi tuan rumah Sukan Para ASEAN 2017 September nanti. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruakjalur gemilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

20/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Lagi insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dikesan di sebuah klinik pergigian swasta dipercayai berlaku di daerah Pontian....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd