• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah Musnahkan Kemerdekaan Dikecapi

oleh AK-47
31/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Rasuah dan salah guna kuasa merupakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara sehingga boleh menyebabkan kemerdekaan yang dikecapi lumpuh dan musnah, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad.

Dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan 2017, beliau berkata semua warga Malaysia perlu memahatkan semangat patriotisme yang tinggi dan tidak goyah dengan ketamakan duniawi serta terjerumus ke dalam kancah jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau berkata rakyat Malaysia seharusnya mengecap erti kemerdekaan yang sebenar dan berganding bahu membawa Malaysia ke mercu kejayaan dengan membina bangsa dan negara yang bersih daripada anasir rasuah dan salah guna kuasa.

“Kita perlulah menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya dan memerdekakan diri daripada cengkaman budaya yang boleh menghancurkan pembangunan insan dan negara,” katanya.

Dzulkifli turut menyeru rakyat Malaysia untuk memerdekakan jiwa daripada ketamakan dan kecintaan kepada harta tidak sepatutnya menjadi milik diri dan memerdekakan keluarga daripada rezeki yang diperoleh melalui rasuah dan salah guna kuasa serta menyatakan ‘TIDAK’ kepada rasuah dan salah guna kuasa.
Dalam kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di negara ini, Dzulkifli berkata ibadah korban juga menuntut untuk difahami makna yang lebih luas tentang erti pengorbanan.

“Bagi melakukan pengorbanan, setiap insan perlulah mempunyai ketabahan dan jati diri yang kuat dalam membangunkan negara yang tercinta tanpa terjerumus ke dalam belenggu rasuah dan salah guna kuasa yang akhirnya akan memusnahkan diri, keluarga dan negara,”katanya.

Dzulkifli berkata Aidiladha kali ini perlu dijadikan sebagai titik tolak untuk mengorak langkah serta terus komited berjuang menentang kemungkaran jenayah rasuah dan salah guna kuasa demi membina masa depan negara yang lebih maju dan cemerlang. – BERNAMA

Tags: Datuk Dzulkifli AhmadSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd