• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pukulan Maut 5 Sahabat Gara-Gara Intai Isteri

oleh Ahmad Albab
22/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Lima sahabat yang mengambil tindakan sendiri dengan memukul seorang lelaki kerana mengintai isteri seorang daripada mereka, sehingga mati menerima padah apabila dihukum penjara selama lima tahun dan denda RM5,000 di Mahkamah Tinggi, semalam.

Wan Mohamad Redzuan Wan Latif, Mohd Zaimizan Ismail, Mohd Al Ambari Ahmad, Amiruldi Ramli dan Mohd Zulkifli Zainal Abidin turut berdepan tambahan hukuman penjara dua tahun sekiranya gagal menjelaskan denda.

Keputusan dibuat Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz selepas lima tertuduh berkenaan yang berusia antara 25 hingga 33 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut pertuduhan, lima sahabat itu didakwa menyebabkan kematian Mohamad Zailani Abd Aziz, 22, dengan mengetahui perbuatan itu mungkin menyebabkan kematiannya.

Semua tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Bujal, Air Jernih, Kemaman, antara jam 8.30 pagi hingga 11.15 malam pada 30 November 2014.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.

Media sebelum ini melaporkan seorang pemuda maut dibelasah lima lelaki selepas dipercayai mengintai isteri seorang daripada mereka di Kampung Bujal.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kemaman kerana parah di beberapa anggota badan. – myMetro Online

Tags: kes pukulPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd