• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Siapkan Bendera Jalur Gemilang Gergasi

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT – Hampir 1,000 guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Wahab di sini berjaya menyiapkan Jalur Gemilang sepanjang 28 meter dengan ketinggian lapan meter bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan.

Pengetuanya, Roslan Muhammad berkata bendera setinggi bangunan tiga tingkat itu diperbuat daripada kain jenis ponji dengan cara jahitan tangan serta mesin oleh 900 pelajar dan 62 guru sekolah berkenaan.

“Pelajar menggunakan jahitan tangan dan guru pula menggunakan mesin untuk mengukuhkan jahitan bagi mengelak ia tetas atau terkoyak,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Roslan berkata Jalur Gemilang tersebut mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan selepas kerja-kerja menjahit dimulakan pertengahan bulan lalu.

Menurutnya, kos untuk menghasilkan bendera itu dianggarkan kira-kira RM2,000 hasil sumbangan pelajar, guru dan orang perseorangan termasuk untuk membeli kain serta kelengkapan dan peralatan memasang bendera.

“Ada pelajar sanggup menyumbang 10 atau 20 sen sehari untuk menampung kos penghasilan bendera itu dan kita juga mendapat kerjasama pihak bomba untuk menaikkan dan memasang di dinding bangunan sekolah ini,” katanya.

Jelas Roslan pelajar menyiapkan Jalur Gemilang itu pada sesi pembelajaran mata pelajaran Sivik dan Pendidikan Jasmani.

“Usaha pelajar menghasilkan sendiri Jalur Gemilang ini dapat menerapkan penghayatan bulan kemerdekaan sekali gus melahirkan generasi yang memahami erti sejarah kemerdekaan,” katanya.

Roslan berkata pihaknya berhasrat menjadikan projek itu sebagai acara tahunan dan akan menghasilkan Jalur Gemilang yang lebih besar setiap kali menjelang 31 Ogos. – BERNAMA

Tags: jalur gemilang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ramai Murid Tidak Lagi Pakai Lencana Besi Jalur Gemilang?

Ramai Murid Tidak Lagi Pakai Lencana Besi Jalur Gemilang?

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ramai murid didakwa sudah tidak lagi memakai lencana besi Jalur Gemilang yang diberikan sebelum ini kerana rosak,...

Jangan Terus Hukum Jika Tersilap Pasang Jalur Gemilang – DAP Melaka

Jangan Terus Hukum Jika Tersilap Pasang Jalur Gemilang – DAP Melaka

08/08/2026
0

MELAKA - Orang ramai perlu dididik cara untuk memasang Jalur Gemilang dengan betul, bukan terus menghukum atau dijadikan sebagai modal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd