• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Berebut Anak Sampai Terlibat Kemalangan…

oleh AK-47
31/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tindakan seorang lelaki menghimpit kereta yang dipandu bekas isteri hampir meragut empat nyawa termasuk dirinya serta anak mereka yang berusia lima tahun apabila kedua-dua kereta itu terbabit dalam kemalangan yang turut melibatkan sebuah lagi kenderaan di Jalan Anak Bukit, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt. Yazri Ismail berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila Jafrul Nizam Jaafar, 38, yang memandu Perodua Myvi mengejar dan menghimpit kereta Perodua Myvi dipandu bekas isteri, Marziana Mahadzir, 37, bersama anak lelaki mereka.

Akibat himpitan itu, kereta Marziana terbabas dan melanggar sebatang pokok di atas pembahagi jalan manakala kereta Jafrul Nizam pula hilang kawalan dan melanggar Proton Saga yang dipandu seorang anggota tentera, Faizal Baharom, 36, katanya.

Menurut Yazri, akibat pelanggaran itu, kereta yang dipandu Faizal terbalik sebelum melanggar pagar kuarters Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Akibat kemalangan itu, keempat-empat mangsa mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya, menambah kes disiasat menurut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum kejadian, Jafrul Nizam difahamkan bergaduh dengan bekas isterinya berhubung hak penjagaan anak, katanya. – BERNAMA

Tags: anakkemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

28/06/2026
0

BATU PAHAT - Bekas pemimpin UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan anaknya merupakan seorang bekas pemimpin pelajar. Beliau turut...

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd