• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Obses Dengan Suami Orang, Didakwa Di Mahkamah

oleh Ahmad Albab
20/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERANA terlalu obses dengan suami orang, seorang anggota polis wanita telah menggodam akaun Facebook lelaki berkenaan semata-mata kerana mahu menghancurkan perkahwinannya.

Ashley Boyd, 26, menaruh hati terhadap Kevin O’Connor ketika mereka mula-mula bertemu pada 2013.

Namun selepas gagal memilikinya, dia mula mengintip kehidupan Kevin dan menyamar sebagai lelaki itu untuk menghantar mesej maki hamun kepada isteri Kevin iaitu Rhona.

Ashley juga telah menukar status hubungan dalam Facebook Kevin kepada bujang dan dia turut memberitahu rakan Facebook Kevin kononnya perkahwinan lelaki itu berantakan.

Perkara itu didedahkan dalam perbicaraan ke atas Ashley di Mahkamah Glasgow, Scotland selepas dia didakwa menyebabkan pasangan Kevin dan Rhona ketakutan.

Mahkamah juga dimaklumkan bahawa Ashley berada di gim yang sama dengan Kevin dan turut memberitahu rakan-rakannya bahawa dia memuja lelaki tersebut.

Namun pada Jun 2016, ketika Kevin dan Rhona bercuti, barulah pasangan itu mengetahui mengenai niat buruk Ashley selepas kakak Kevin memberitahu mengenai status Kevin dalam Facebook yang bertukar kepada bujang.

Kevin kemudiannya memeriksa e-melnya dan mendapati ia telah digodam.

Manakala keterangan daripada dua rakannya kononnya perkahwinan Kevin kini berantakan telah menyebabkan Kevin meminta bantuan untuk mengesan penggodam terbabit.

Selepas itu barulah mereka mengetahui ia adalah hasil perbuatan Ashley. – MYNEWSHUB.CC

Tags: GILAWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd