Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Akibat Tak Pakai Underwear,...

ANAK lelaki kepada penyanyi Datuk Ifa Raziah kini sedang dirawat di sebuah hospital...

UMNO Perlu Perhebatkan Proses...

KUALA LUMPUR - Memperhebatkan proses tarbiah terhadap dasar dan falsafah perjuangan parti kepada...

Pemilik Bangunan, Rumah Digalak...

SANDAKAN - Pemilik bangunan dan rumah di daerah ini digalakkan untuk mengibarkan Jalur...

Wanita Mabuk Menari Di...

Penangan arak... gara-gara mabuk seorang wanita sanggup berbogel di tepi jalan sambil merayu-rayu...

Nike Bakal Taja Panel Iklan Kelab JDT

KUALA LUMPUR – Syarikat jenama antarabangsa Nike akan bekerjasama dengan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menghiaskan stadium Larkin dan Stadium baharu JDT.

Laman Facebook rasmi JDT berkata, kerjasama tersebut termasuk dalam aspek panel-panel iklan jenama Nike dan JDT.

“Ini sekali gus menjadikan JDT satu-satunya kelab dalam negara yang bukan saja menerima tajaan jersi, tetapi juga penajaan dari segi dekorasi stadium dan pusat latihan JDT,” kata laman Facebook berkenaan hari ini.

Laman Facebook rasmi JDT turut memaklumkan, beberapa syarikat luar negara lain telah menyatakan minat untuk menaja pasukan itu pada masa depan.

Menurut kenyataan itu, ia termasuk sebuah syarikat jam tangan terkemuka jenama antarabangsa satu lagi penaja global yang turut berminat untuk bekerjasama dengan JDT.


“Ia masih dalam proses perbincangan ketika ini dan akan diumumkan dalam waktu terdekat.

“Keinginan syarikat-syarikat global dan antarabangsa ini bekerjasama merupakan satu pengiktirafan tertinggi buat JDT dan telah meletakkan kelab ini berada di kelasnya tersendiri,” kata laman Facebook tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori